Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika “Blacklist” Syarikat O&G China Beroperasi di Laut China Selatan

0 611

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat dikatakan bakal menyenaraihitamkan (blacklist) syarikat minyak dan gas ketiga terbesar China dikenali dengan nama “China National Offshore Oil Corporation” (CNOOC).

Tindakan menyenaraihitamkan syarikat itu adalah berikutan tindakannya di dalam aktiviti mencari gali minyak dan gas di Laut China Selatan termasuk perairan-perairan yang dimiliki oleh negara lain seperti Vietnam.

CNOOC
Syarikat minyak dan gas ketiga terbesar di China, CNOOC. (foto internet)

Jika ada perairan kita yang mereka “berminat”, sudah pasti Beijing juga akan menghantar CNOOC untuk memacak pelantar minyak dan mengerudi minyak dan gas, sebagaimana yang dilakukannya di Vietnam.

CNOOC mempunyai aktiviti mencari minyak dan gas di Kepulauan Paracel dan Kepulauan Spratly, di Laut China Selatan. 

Menurut media-media antarabangsa,  CNOOC yang terlibat dalam aktiviti mencari gali minyak dan gas di kawasan laut dalam termasuk Laut China Selatan bakal disenarai hitam kerana didakwa dimiliki oleh pihak tentera China. Rupa-rupanya pemilik sebenarnya adalah tentera China, sebab itulah syarikat digunakan untuk mengukuhkan tuntutan China di satu-satu kawasan perairan seperti di Laut China Selatan.

CNOOC
Peta operasi CNOOC di Laut China Selatan. (foto internet)

Dengan kemasukan CNOCC ke dalam senarai, ia akan menjadikan bilangan keseluruhan syarikat-syarikat yang disenaraihitam oleh pentadbiran Presiden Donald Trump adalah 35 buah.

Majoriti daripada senarai membabitkan syarikat-syarikat berteknologi tinggi China.

Cina
Perasmian kerja-kerja mencari gali minyak di laut dalam di Laut China Selatan oleh pekerja CNOOC. (foto internet)

Apabila disenaraihitam, syarikat-syarikat China terbabit tidak lagi dibenarkan mendapatkan sebarang bentuk pelaburan dan teknologi daripada Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat mendakwa syarikat-syarikat terlibat dalam kegiatan perisikan industri (industrial espionage) dengan mencuri teknologi-teknologi canggih Amerika Syarikat dan dipindahkan kepada syarikat-syarikat atau pihak tentera China.

Syarikat-syarikat dan individu Amerika Syarikat juga tidak dibenarkan berurusan dengan syarikat-syarikat yang disenaraihitamkan itu.

China

Apa yang pasti adalah, tindakan Washington itu akan meningkatkan lagi ketegangan di dalam hubungannnya dengan Beijing.

Syarikat CNOOC juga mempunyai aset-aset di Amerika Syarikat, tetapi admin tak pasti apa akan terjadi pada aset-aset itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...