Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Russia Lancar Peluru Berpandu Hypersonic “Tsirkon”

0 501

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal friget Tentera Laut Russia sekali lagi melancarkan ujian penembakan peluru berpandu hypersonic “Tsirkon” daripada Laut Putih (White Sea) ke sasaran yang terletak di Laut Barents (Barents Sea).

Menurut Kementerian Pertahanan Russia, penembakan tersebut merupakan sebahagian daripada ujian senjata baharu.

Tsirkon

“Mengikut pemantauan dan data yang direkod, peluru berpandu hypersonic ‘Tsirkon’ berjaya mengenai sasaran yang terletak sejauh 450km. Peluru berpandu itu terbang dengan kelajuan melebihi 8 Mach,” kata kementerian.

Kawasan perairan di Laut Barents di mana sasaran itu terletak telah dikawal oleh kapal-kapal tentera laut Russia terdiri daripada kruiser Marshall Ustinov dan kapal friget Admiral Kasatonov. Ujian penembakan peluru berpandu “Tsirkon” itu dilakukan pada waktu malam. Pada Oktober lepas, tentera laut Russia turut melakukan ujian penembakan peluru berpandu “Tsirkon” yang sama.

Rakaman ujian penembakan peluru berpandu “Tsirkon” di Laut Puteh oleh kapal friget “Admiral Gorshkov”. Video kredit Kementerian Pertahanan Russia. Sila LIKE dan SUBSCRIBE You Tube Channel “Defence Security Asia)

Peluru berpandu itu terbang sejauh 450km untuk mengenai sasaran di dalam tempoh 4.5 minit, dengan kelajuan melebihi 8 Mach.

“Tsirkon” boleh terbang selaju di antara Mach 6 hingga Mach 8 dan mampu membedil sasaran di laut dan di darat sejauh di antara 400km hingga 1,000km.

Ia dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2023.

Tsirkon

Sementara itu kapal friget, Admiral Gorshkov merupakan friget termoden di dalam angkatan laut Russia yang dibangunkan oleh Severnoye Design Bureau.

Ia mengaplikasikan teknologi halimunan (stealth) di dalam pembinaannya.

Gorshkov

“Admiral Gorshkov” 

Selain peluru berpandu “Tsirkon”, kapal friget itu mampu melancarkan peluru berpandu “Kalibr” dan “Onix”.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...