Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Waris Kesultanan Sulu Sasar Aset Negara Di Belanda Pula

Petisyen yang dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan di The Hague merupakan satu lagi tindakan perundangan susulan oleh waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia, selepas tindakan mereka cuba merampas aset-aset milik Petronas di Azerbaijan.

0 6,124

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Waris kepada Kesultanan Sulu telah meminta kebenaran daripada mahkamah di Belanda untuk merampas aset-aset yang dimiliki oleh Malaysia di negara Eropah itu,menurut peguam mereka.

Petisyen yang dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan di The Hague merupakan satu lagi tindakan perundangan susulan oleh waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia, selepas tindakan mereka cuba merampas aset-aset milik Petronas di Azerbaijan.

Kerajaan Malaysia yang tidak mengiktiraf tuntutan oleh waris Kesulatanan Sulu belum memberikan respons terhadap tindakan terbaru di Belanda itu.

Sulu

Pada Julai lepas, aset-aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Aset-aset syarikat minyak dan gas negara yang cuba dirampas oleh waris Kesultanan Sulu didaftarkan di Luxembourg iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih US$2 bilion (RM8.8 bilion).

Sebelum waris Kesultanan Sulu cuba merampas aset-aset Petronas di Luxembourg dan Azerbaijan, syarikat minyak dan gas negara telah melupuskan aset-asetnya terlebih dahulu.

Segala hasil daripada perlupusan telah pun dikembalikan dengan sewajarnya.

Cubaan pihak waris Kesultanan Sulu merampas aset-aset milik Malaysia bermula apabila Mahkamah Timbang Tara di Perancis pada Februari lepas memerintahkan supaya kerajaan Malaysia membayar sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Kesultanan Sulu.

Petronas

Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf keputusan Mahkamah Timbang-Tara Perancis memerintah kerajaan supaya membayar RM62 bilion pampasan kepada waris Sultan Sulu.

Award itu dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa.

Proses timbang tara yang bermula di Sepanyol itu telah dipindahkan ke Paris di mana award tersebut diputuskan.

Peguam kepada waris Kesultanan Sulu memberitahu bahawa aset-aset milik Malaysia di 169 buah negara masih berisiko untuk dirampas walaupun Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung (stay order) penguatkuasaan Final Award bagi tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris dan successors-in-interest kepada Kesultanan Sulu.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Bercakap kepada agensi berita antarabangsa Reuters, ketua peguam bersama bagi waris itu, Paul Cohen berkata arahan penggantungan penguatkuasaan Final Award sebanyak RM62.59 bilion itu hanya terpakai di Perancis dan bukannya di negara lain yang menandatangani Konvensyen Timbang Tara New York.

Peguam itu mendakwa, penganugerahan yang dikeluarkan pada Februari lepas di Perancis itu adalah sah di semua negara yang menandatangani konvensyen terbabit. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...