Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penilaian Fizikal Terhadap FA-50, Lawatan Kemudahan KAI November Ini?

Setakat ini, kerajaan hanya dijadual melakukan penilaian fizikal terhadap pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh KAI dan tidak terhadap pesawat syarikat-syarikat lain yang menyertai tender perolehan pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA).

0 3,357

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Admin telah dimaklumkan oleh sumber indstri bahawa wakil-wakil kerajaan Malaysia akan berangkat ke Korea Selatan pada pertengahan November depan untuk melakukan penilaian fizikal terhadap pesawat FA-50 itu serta melawat kemudahan syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) yang membangunkan pesawat pejuang ringan itu.

Setakat ini, kerajaan hanya dijadual melakukan penilaian fizikal terhadap pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh KAI dan tidak terhadap pesawat syarikat-syarikat lain yang menyertai tender perolehan pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) itu, sekaligus memberikan satu lagi petanda kuat tentang kemungkinan pesawat FA-50 itu akan dipilih oleh Malaysia.

Menurut sumber industri itu yang enggan mendedahkan identitinya, fasa penilaian fizikal dan lawatan terhadap kemudahan syarikat KAI di Korea Selatan dijangkakan pada pertengahan November itu berlaku selepas kerajaan Malaysia dan syarikat aeroangkasa itu bersetuju tentang soal harga perolehan sejumlah pesawat FA-50 untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

FA-50

Pada fasa penilaian fizikal pesawat dan lawatan ke kemudahan syarikat di Korea Selatan itu, KAI dijangka akan berkongsi dengan lebih terperinci pelbagai maklumat berkenaan pesawat pejuang ringan itu.

Ia termasuklah maklumat dan data berkenaan  ‘classified item’, proses verifikasi dan pengesahan maklumat serta dokumen yang perlu serta pendedahan terhadap penggunaan Link 16.

KAI bersama-sama Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) juga dijangka menyediakan pesawat pejuang sedia ada milik ROKAF untuk dijadikan “pesawat musuh” bagi melakukan demonstrasi tentang survivalbiliti pesawat FA-50 itu.

Baru-baru ini, sumber mendedahkan kepada Defence Security Asia bahawa TUDM bakal menjadi pengguna pesawat pejuang ringan FA-50 yang terbaru, mengikuti jejak langkah beberapa negara termasuk di Asia Tenggara yang memilih pesawat pejuang keluaran syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) yang telah pun terbukti di medan peperangan sebenar.

Sumber yang dipercayai memaklumkan kepada Defence Security Asia bahawa, TUDM akan memperolehi varian FA-50 Block 20.

FA-50

Menurut sumber itu lagi, kedua-dua pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh Malaysia dan Poland itu akan dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) yang terkini.

Selain itu pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

Sumber itu berkata kepada Defence Security Asia bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2”

Stesen televisyen swasta terbesar Korea Selatan, Seoul Broadcasting System (SBS) dilaporkan telah mengesahkan bahawa syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) telah memenangi persaingan untuk membekalkan sejumlah pesawat FA-50 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Defence Security Asia sebelum ini telah menjelaskan bahawa pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 akan turut dilengkapi dengan  “Sniper Advanced Targeting Pod,” yang turut dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Selain itu varian pesawat itu juga akan dilengkapi dengan meriam 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Admin juga berkeyakinan bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang akan diperolehi oleh TUDM akan turut dilengkapi dengan kemampuan Beyond Visual Range (BVR) iaitu peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM, sebagaimana yang akan diperolehi oleh Poland.

Varian pesawat FA-50 Block 20 sebelum ini juga dilaporkan akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) iaitu “ Cobham Mission System” yang dibangunkan oleh syarikat Cobham daripada United Kingdom. 

Sumber itu enggan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM itu. (nanti kita korek lagi)

Bagaimanapun, Defence Security Asia sebelum ini telah menjelaskan bahawa pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 akan turut dilengkapi dengan  “Sniper Advanced Targeting Pod,” yang turut dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin. – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...