Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mossad Guna Melayu-Islam Untuk Perangkap Operatif Hamas di M’sia

Pada hari ini seluruh negara mengetahui bahawa 11 yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 14 Okt lalu mempunyai kaitan dengan pendedahan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan tentang jaringan perisikan Mossad yang diketuai oleh oleh seorang wanita warga tempatan berusia di dalam lingkungan 30-an.

0 5,765

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada 14 Oktober yang lalu, agensi berita nasional Malaysia (BERNAMA) telah melaporkan bahawa 11 individu termasuk seorang wanita didakwa telah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Kesemua 11 individu yang didakwa itu adalah Edy Ko’im Said, 40; Mohamad Norakmal Hassan, 41; Dody Junaidi, 42; Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39; Mohamad Naziree Mustapha, 39; Faizull Hardey Mohd Isa, 40; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25; Mohamad Sufian Saly, 23; Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21; Nidarahayu Zainal, 34, dan Raibafie Amdan, 39.

Dan hanya pada hari ini seluruh negara mengetahui bahawa kesemua yang ditahan itu berkait-rapat dengan pendedahan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan tentang jaringan perisikan Mossad yang diketuai oleh oleh seorang wanita warga tempatan berusia di dalam lingkungan 30-an.

Mossad
Sebahagian daripada 11 warga tempatan termasuk seorang wanita dikawal ketat oleh anggota polis ketika mereka dihadapkan ke mahkamah kerana menculik seorang warga Palestin pada 28 Sept lalu.

 

Menurut akhbar terbabit,  wanita itu dilatih sebagai penyiasat persendirian sebelum direkrut sebagai ejen perisikan negara Israel, Mossad sebelum 2018.

Pendedahan mengenai wanita warga tempatan yang mengetuai jaringan perisikan Mossad di Malaysia itu menyusul selepas penculikan dua warga Palestin di Kuala Lumpur dipercayai adalah aset kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Laporan Bernama pada 14 Okt itu seterusnya mengatakan bahawa kesemua tertuduh mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia namun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mossad

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara niat bersama telah menahan Omar Z. M. Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Mayang di sini, pada 10.40 malam, 28 Sept lepas mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh dijamin selepas Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hanum Abdul Hadi memaklumkan pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Mossad
Sebahagian daripada 11 warga tempatan termasuk seorang wanita dikawal ketat oleh anggota polis ketika mereka dihadapkan ke mahkamah kerana menculik seorang warga Palestin pada 28 Sept lalu.

 

Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Dis ini.

Terdahulu, kesemua tertuduh tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, dengan dikawal ketat sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah.

Dalam sidang media pada 5 Okt lepas,Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim mengatakan polis menyelamatkan mangsa berumur 31 tahun itu sehari selepas diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Mangsa diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 Sept hingga 4 Okt.

Siasatan mendapati mangsa masuk ke negara ini pada 21 Sept lepas sebagai pelancong dan dipercayai tinggal di Eropah selain tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan ahli perniagaan.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Mossad
Sebahagian daripada 11 warga tempatan termasuk seorang wanita dikawal ketat oleh anggota polis ketika mereka dihadapkan ke mahkamah kerana menculik seorang warga Palestin pada 28 Sept lalu.

 

Katanya, kesemua 18 individu yang ditahan berusia antara 21 hingga 42 tahun disyaki berperanan menculik dan menyembunyikan mangsa. 

Azmi berkata siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif penculikan dan tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan ahli perniagaan. 

Beliau berkata pemeriksaan mendapati tujuh individu yang ditahan mempunyai rekod jenayah melibatkan kes penipuan dan empat daripadanya positif dadah jenis syabu.  — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...