Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Poland Bimbang, Anggota Bersenjata Wagner Sedang “Mara” Ke Sempadannya

Awal bulan ini, Poland telah mengerahkan 1,000 anggota tenteranya ke bahagian timur negara itu ketika kebimbangan meningkat tentang kehadiran anggota bersenjata Wagner di Belarus akan meningkatkan lagi ketegangan di sempadan bersama.

0 1,630

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Poland telah menyuarakan kebimbangannya dengan kehadiran kira-kira 100 anggota kumpulan bersenjata Wagner yang kini berada di satu lokasi di Belarus dan dikatakan sedang menuju ke sempadan Belarus-Poland.

Perdana Menteri negara itu  Mateusz Morawiecki berkata anggota kumpulan bersenjata Wagner itu mara ke sebuah kawasan dinamakan Suwalki Gap yang terletak tidak jauh daripada bandar Grodno di Belarus.

“Keadaan ini membuatkan situasi di sempadan (Poland-Belarus) semakin terancam,” katanya pemimpin Poland itu yang merupakan antara penyokong paling tegar kepada Ukraine dan kempen ketenteraannya untuk menangani pencerobohan Russia di Ukraine.

Wagner
Anggota keselamatan Wagner

 

Poland juga adalah antara negara penyumbang utama senjata kepada Ukraine.

Morawiecki berkata, keadaan menjadi “semakin berbahaya” dan kemungkinan besar adalah anggota kumpulan bersenjata itu akan menyamar sebagai pengawal sempadan Belarus.

Bandar Grodno itu terletak hanya 15km daripada sempadan Belarus dengan negara-negara NATO iaitu Poland dan Lithuania,manakala Suwalki Gap pula adalah koridor strategik di antara Belarus dengan enklaf, Kaliningrad yang dimiliki oleh Russia.

Sejak tercetus peperangan di antara Russia dan Ukraine, Poland telah menyuarakan kebimbangan berkenaan keselamatan di sempadan negara itu dengan Belarus yang merupakan sekutu kuat Russia.

Sempadan Poland-Belarus sememangnya tegang sejak beberapa tahun kebelakangan ini,sejak ia menjadi “pintu masuk” utama kepada kemasukan ribuan imigran daripada Timur Tengah dan Afrika Utara yang mahu memasuki Kesatuan Eropah melalui Poland serta Lithuania.

Kerajaan Poland telah menuduh Russia dan Belarus menggunakan imigran untuk menganggu kestabilan di Warsaw dan Kesatuan Eropah.

Poland
Anggota tentera Poland di sempadan negara itu dengan Belarus.

 

Pada tahun ini sahaja Poland menyatakan ia telah merekodkan kemasukan 16,000 imigran ke Poland daripada Belarus.

Awal bulan ini, Poland telah mengerahkan 1,000 anggota tenteranya ke bahagian timur negara itu ketika kebimbangan meningkat tentang kehadiran anggota bersenjata Wagner di Belarus akan meningkatkan lagi ketegangan di sempadan bersama.

Media-media di Russia mendakwa bahawa kem pertama untuk menempatkan ribuan anggota kontraktor keselamatan Wagner di negara sekutu kuatnya, Belarus, telah mula didirikan di sebuah kawasan hutan di wilayah Mogilev negara itu..

Kem pertama untuk anggota Wagner dirancang dibina di Osipovich, wilayah Mogilev di Belarus yang terletak kira-kira 200km daripada sempadan negara itu dengan Ukraine dan lebih 400km daripada ibu negara Kiev.

“Keluasan kawasan kem untuk anggota Wagner itu adalah seluas 24, 000 meter persegi dan ia mampu menempatkan kira-kira 8,000 anggota kumpulan itu,” sebagaimana dipetik oleh media-media Russia.

Media Russia bernama “Verstka” mengatakan bahawa pihak berkuasa di Mogilev telah diarahkan untuk membina sebuah kem di kawasan hutan wilayah itu untuk menempatkan anggota-anggota Wagner.

Poland
Anggota tentera Poland

 

“Kami sedang bekerja, kami memulakan kerja hari ini. Esok sebelum makan tengah hari, tugasan kami adalah untuk membina kem itu (untuk anggota Wagner),” menurut sumber yang memberitahu media Russia tersebut.

Selain kem untuk anggota Wagner di wilayah Mogilev, media Russia juga menyatakan bahawa beberapa buah kem juga akan dibina untuk menempatkan anggota kumpulan bersenjata itu yang akan dipindahkan daripada Russia.

Kumpulan bersenjata Wagner yang diwujudkan oleh Yevgeny Prigozhin itu dikatakan memiliki sehingga 50,000 anggota dan Belarus yang kini menjadi “rumah” Yevgeny Prigozhin dijangka akan dibanjiri oleh ribuan anggota Wagner.

Sebagai sebahagian daripada “kompromi” dicapainya dengan kerajaan Russia untuk menamatkan apa yang didakwa sebagai “pemberontakan bersenjata”, Prigozhin akan hidup dalam “buang” di Belarus.

Bercakap kepada Sky News baru-baru ini, bekas ketua staf tentera darat British Jeneral Richard Dannat berkata, tindakan Presiden Vladimir Putin “membuang” Prigozhin ke Belarus itu perlu menimbulkan syak-wasangka dan  kebimbangan kepada Ukraine. — DSA

Prigozhin
Yevgeny Prigozhin (tengah) bertanggungjawab wujudkan kontraktor keselamatan Wagner.

donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...