Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Kerah Sistem Pertahanan Udara “Bavar-373” Ke Syria, Tangani Jet Israel

Teheran mendakwa kemampuan sistem pertahanan udara “Bavar-373” adalah menyamai sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia dan sistem pertahanan udara “Patriot” serta Terminal High Altitude Air Defense (THAAD) Amerika Syarikat.

0 9,373

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran dilapor telah mengerahkan sistem pertahanan udara altitud tinggi, “Bavar-373” yang didakwa setaraf kemampuannya dengan sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” buatan Russia ke negara jirannya Syria bagi melindungi aset-aset dan anggota militia yang bersekutunya dengannya  di negara Arab itu daripada ancaman serangan udara Israel.

Teheran mendakwa kemampuan sistem pertahanan udara “Bavar-373” menyamai sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia dan sistem pertahanan udara “Patriot” serta Terminal High Altitude Air Defense (THAAD) Amerika Syarikat.

Sistem pertahanan udara altitud tinggi yang mula memasuki perkhidmatan tentera Iran itu menggunakan peluru berpandu jarak jauh “Sayyad B4.”

Bavar

Pihak tentera Iran mendakwa sistem pertahanan udaranya itu juga berkemampuan mengesan dan menjejak pesawat pejuang generasi kelima F-35I “Adir” milik Tentera Udara Israel yang didakwa halimunan.

Malah Teheran mendakwa radar sistem pertahanan udara itu telah berjaya mengesan pesawat-pesawat F-35 milik Israel dan F-22 Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikatakan halimunan di luar sempadan Iran.

 

Tentera Udara Amerika Syarikat menempatkan F-22 di Qatar, sebagai sebahagian daripada misi mempertahankan kepentingannya dan sekutunya di Timur Tengah.

Selain pesawat-pesawat pejuang, sistem pertahanan udara “Bavar-373” itu juga berkemampuan mengesan dan menangani ancaman daripada peluru-peluru berpandu kruis, balistik dan juga pesawat-pesawat tanpa pemandu.

Israel telah meningkatkan serangan udara menggunakan pesawat F-35I terhadap kedudukan anggota tentera Iran dan kumpulan-kumpulan militan yang bersekutu dengan Teheran di Syria.

Bavar-373

Selain itu serangan udara Israel di Syria juga menyasarkan gudang-gudang senjata dan infrastruktur ketenteraan yang digunakan oleh Iran serta kumpulan militant disokongnya.

Iran dikatakan telah mengubah strateginya di Syria dengan membelanjakan jutaan dollar sejak dua tahun lepas untuk menempatkan sistem pertahanan udaranya sendiri di negara Arab itu dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sistem pertahanan udara yang dioperasikan oleh tentera Syria.

Selain itu pakar-pakar pertahanan udara tentera Iran juga dihantar ke Syria untuk meningkatkan kemampuan sistem pertahanan udara negara itu.

Pada November tahun lepas, pihak tentera Iran mendakwa sistem pertahanan udara “Bavar-373” yang menggunakan radar X-Band telah berjaya mengesan sasaran daripada kedudukan sejauh 450km.

Altitud maksimum peluru berpandu sistem pertahanan udara itu juga telah berjaya dipertingkatkan daripada 27km kepada 32km.

Sebelum dinaiktaraf, sistem pertahanan udara “Bavar-373” itu hanya berkemampuan mengesan sasaran sejauh 350km. — DSA

Bavar-373
“Bavar-373”

donlod

 

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...