Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kontraktor Keselamatan Wagner Didakwa Terima Kontrak K’jaan Russia Bernilai RM85 Bilion

Menurut laporan oleh hos rancangan televisyen di stesen tv milik kerajaan Russia, Dmity Kiselyov, pasukan keselamatan Wagner yang melakukan pemberontakan bersenjata dan cuba merampas kuasa di Russia baru-baru ini didakwa menerima 860 bilion Rubles (US$9.61 bilion) atau RM43 billion dalam kontrak-kontrak kerajaan.

0 1,544

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menubuhkan dan menguruskan kontraktor keselamatan persendirian di Russia merupakan satu usaha yang memberikan pulangan yang lumayan sebagaimana dibuktikan oleh Yevgeny Prigozhin dan pasukan keselamatan Wagner.

Menurut laporan oleh hos rancangan televisyen di stesen tv milik kerajaan Russia, Dmity Kiselyov, kontraktor keselamatan Wagner yang melakukan pemberontakan bersenjata dan cuba merampas kuasa di Russia baru-baru ini didakwa menerima 860 bilion Rubles (US$9.61 bilion) atau RM43 billion dalam kontrak-kontrak kerajaan.

Selain daripada kontrak-kontrak kerajaan yang diterimanya, pengasas pasukan keselamatan Wagner iaitu Prigozhin menerusi syarikatnya “Concord” didakwa telah menerima 845 Rubles (US$9.44 bilion) atau RM42 bilion daripada kontrak-kontrak kerajaan.

Prigozhin
Yevgeny Prigozhin (tengah) bertanggungjawab wujudkan kontraktor keselamatan Wagner.

 

Keseluruhannya, Prigozhin dan kumpulan Wagner didakwa menerima kontrak-kontrak kerajaan Russia bernilai RM85 bilion sepanjang syarikat milik “tukang masak Putin” dan pasukan keselamatan persendirian itu beroperasi.

Pada 27 Jun lepas beberapa hari selepas kerajaan Russia berjaya menamatkan pemberontakan bersenjata oleh Prigozhin dan kumpulan Wagner terhadap pentadbirannya, Presiden Vladimir Putin mengakui bahawa kumpulan bersenjata persendirian itu dibiayai sepenuhnya oleh Kremlin.

Beliau berkata dalam tempoh daripada Mei 2022 hingga Mei 2023, pasukan keselamatan Wagner itu atau “Wagnerovtsi” telah menerima sekitar 86 bilion Rubles (US$1 bilion) atau RM4.5 bilion daripada kerajaan Russia.

Sepanjang tempoh itu juga, syarikat Concord milik pengasas Wagner itu telah diberikan kontrak kerajaan Russia bernilai 80 bilion (US$900 juta) atau RM4 bilion untuk membekalkan makanan kepada anggota tentera negara itu.

Selain itu, sejumlah 110 Bilion Rubles (US$1.23 bilion) atau RM5.5 bilion dibayar oleh kerajaan Russia untuk insuran.

Apa yang diberitahu oleh Putin adalah hanya untuk tempoh setahun, sedang kumpulan keselamatan Wagner telah bertahun-tahun beroperasi,bukan sahaja di Russia tetapi anggota telah dihantar ke seluruh pelusuk kawasan berkonflik di dunia bagi menjalankan “kerja-kerja kotor” untuk kerajaan Russia.

Wagner
Anggota keselamatan persendirian Wagner Russia di Libya.

 

Begitu juga syarikat milik Prigozhin, Concord yang telah lama beroperasi hasil hubungan rapatnya dengan Putin sejak pemimpin Russia itu menjadi timbalan gabenor di bandar kedua terbesar negara itu, St Petersburg.

Menurut Putin, pihak berkuasa Russia akan menangani “pendapatan” yang diperolehi syarikat Concord milik Prigozhin dan berharap tidak ada mana-mana pihak yang “mencuri” ketika menjalankan kerja.

Sebelum konflik di Ukraine tercetus pada Februari tahun lepas, kerajaan Russia cuba menafikan kewujudan kumpulan bersenjata Wagner dan usaha-usaha membiayai operasinya.

Namun selepas konflik di Ukraine, kumpulan Wagner telah secara terbuka merekrut anggotanya di seluruh Russia termasuk di penjara-penjara.

Prigozhin
Yevgeny Prigozhin (kiri) sedang menghidangkan makanan kepada Presiden Putin.

 

Di medan perang, kumpulan Wagner diperakui sebagai antara unit-unit kombat yang paling terlatih dan berkemampuan berbanding anggota regular tentera Russia.

Reputasi kumpulan bersenjata ditubuhkan oleh Prigozhin itu semakin melonjak di mata rakyat Russia selapas ia berjaya merampas kembali wilayah Bakhmut daripada tentera Ukraine.

Kumpulan bersenjata Wagner dikatakan memiliki sehingga 50,000 anggota dan mengoperasi senjata-senjata berat daripada sistem artilleri, kereta kebal, kereta perisai, sistem pertahanan udara, pesawat pejuang,helikopter bersenjata dan pelbagai lagi. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...