Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Perlukah Negara Asia Tenggara Bimbang Dengan Kapal Perang Terbaru China?

Kehadiran ketiga-tiga aset tentera laut terbaru ini hanya menguatkan lagi pandangan bahawa China sememangnya berazam untuk menjadi kuasa laut dunia yang baru.

0 3,157

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Presiden China Xi Jinping telah melancarkan secara serentak tiga buah aset terbaru tentera laut negara itu iaitu Type 075 Amphibious Assault Ship “Hainan”, kapal selam berkuasa nuklear Chanzheng 18 dan kapal destroyer Type 055 “Dalian.”

Kehadiran ketiga-tiga aset tentera laut terbaru ini hanya menguatkan lagi pandangan bahawa China sememangnya berazam untuk menjadi kuasa laut dunia yang baru.

Walaupun tiga kapal perang dilancarkan pada hari terbabit, namun kapal Type 075 Amphibious Assault Ship “Hainan” itu menjadi perhatian bukan sahaja kerana saiznya yang besar iaitu mencecah 40,000 tan tetapi kerana peranan yang bakal dipikulnya.

Dengan saiz 40,000 tan “Hainan” adalah “mini carrier” atau kapal pengangkut pesawat mini yang mampu mengangkut 30 buah helikopter seperti Z-8 serta Z-20 dan ratusan askar Marine China. Pada masa depan, terdapat juga rancangan untuk menempatkan helikopter penyerang seperti Z-10 dan Z-19.

Jika China memiliki kemampuan pesawat-pesawat Short Take Off and Vertical Landing (STOVL) seperti F-35B, maka sudah pasti ia akan meletakkan pesawat itu di atas “Hainan.” 

 

Sementara itu, terdapat juga laporan bahawa “adik” kepada Hainan akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Kapal Type 075 Amphibious Assault Ship “Hainan” ini adalah aset yang bakal digunakan oleh China untuk mendaratkan tenteranya ke kawasan musuh dalam usaha untuk menakluk kawasan tersebut dan pelancaran kapal itu di pangkalan laut di Sanya baru-baru ini telah meningkatkan kebimbangan para pemerhati pertahanan serantau.

Selain membawa helikopter, “Hainan” juga boleh membawa hovercraft dan armored amphibious assault vehicles bagi digunakan oleh anggota tentera Marine China yang berada di dalam kapal terbabit.

Menurut bekas pegawai kanan Tentera Laut Amerika dan kini penganalisis pertahanan Carl Schuster berkata, peningkatan kekuatan tentera laut China menghendaki kehadiran lebih banyak kapal-kapal perang negara Barat di Laut China Selatan.

Kehadiran kapal-kapal perang negara Barat di Laut China Selatan perlu dilakukan segera untuk mengekang ”kemaraan” China.

Hainan

Kapal “Hainan” itu diletakkan di bawah “Southern Theatre Command” Tentera Laut China yang membawa makna bahawa ia akan beroperasi sebahagian besarnya di Laut China Selatan.

Bagi pemerhati lain, sasaran sebenar kapal “Hainan” adalah Taiwan tetapi negara-negara jiran lain China juga tidak boleh menarik nafas lega.

Penganalisis pertahanan dan bekas tenaga pengajar kepada Tentera China Song Zhongping yang berpengkalan di Hong Kong berkata, walaupun diletak di bawah Southern Theatre Command tetapi ia tidak akan tertumpu kepada Laut China Selatan.

Ia juga akan berkhidmat kawasan pemerintahan yang lain termasuk timur dan utara.

“Bagaimanapun, kawasan utama perkhidmatan ‘Hainan’ ada di Laut China Selatan,” kata beliau.

Dalian
Kapal destroyer “Dalian” seberat 10,000 tonnes.

 

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...