Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lelaki China Seberang Selat Taiwan Guna Bot Getah Mencari “Kebebasan Dan Demokrasi”

“Zhou”, berusia 33 tahun berlayar daripada wilayah Fujian menggunakan bot getah menuju ke Pelabuhan Taichung, yang terletak 80km di antara satu sama lain.

0 2,748

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menaiki sebuah bot getah (dinghy) dibelinya secara online, seorang lelaki China dikenali dengan nama “Zhou” telah berjaya menyeberangi Selat Taiwan yang dikawal ketat dua tentera laut yang bermusuhan untuk mencari “kebebasan (freedom) dan demokrasi.”

“Zhou”, berusia 33 tahun berlayar daripada wilayah Fujian menggunakan bot getah menuju ke Pelabuhan Taichung, yang terletak 80km di antara satu sama lain.

Apa yang menakjubkan adalah kejayaan lelaki itu menyeberang selat terbabit tanpa ditahan oleh mana-mana kapal tentera laut daripada China dan Taiwan yang diketahui sentiasa memerhati sebarang pergerakan di selat itu dengan penuh curiga.

Selat Taiwan itu bolehlah dikatakan adalah antara perairan yang paling ketat diawasi oleh tentera dan Zhou berjaya menyeberanginya dengan hanya menggunakan bot getah yang dibeli  dalam talian.

Dinghy
“Zhou”

 

Beliau hanya ditahan selepas berkeliaran berkaki-ayam di Pelabuhan Taichung dan selepas ditahan itu barulah “pengembaraan menakjubkan mencari kebebasan dan demokrasi” bermula dari Fujian ke Taichung di Taiwan itu terbongkar.

Pihak berkuasa Taiwan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada “Zhou”, hanya 100 Yuan (US$15).

Mereka turut menemui bot getah yang dibelinya daripada Taobao dengan harga 16,000 Yuan.

Hasil daripada soalsiasat, “Zhou” memberitahu bahawa beliau bertolak daripada Fujian kira-kira 10.30 pagi pada 30 April dan tiba di Pelabuhan Taichung di Taiwan kira-kira 9.30 malam pada hari yang sama.

Beliau berkata tidak berhadapan dengan sebarang masalah sepanjang pelayaran solonya menyeberangi Selat Taiwan itu.

Taiwan

Menurut pihak berkuasa negara pulau itu, “Zhou” akan dikuarantin selama 14 hari terlebih dahulu sebelum didakwa di bawah Akta Imigresen Taiwan kerana memasuki negara itu secara haram walaupun untuk mencari “kebebasan dan demokrasi.”

Jika didapati bersalah, beliau yang menyeberang selat antara paling dikawal ketat oleh dua negara bermusuhan, berkemungkinan merengkok selama tiga tahun di dalam penjara dan denda sebanyak US$3,200.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...