[VIDEO] MILDEF HMAV4x4 Bawa Harapan Industri Pertahanan Negara
MILDEF membawa harapan tinggi industri pertahanan negara.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat MILDEF International Technologies Sdn Bhd adalah syarikat tempatan 100 peratus milik Bumiputera dan mereka telah membelanjakan jutaan ringgit daripada kocek sendiri untuk menghasilkan kenderaan tempur “HMAV 4×4”.
Kenderaan tempur tempatan itu telah pun menjalani uji nilai yang dijalankan oleh ATM dan STRIDE.
Ujian-ujian yang dilakukan termasuk ujian pemanduan tanpa bebanan, ujian mendaki bukit di jalanraya awam, ujian bebanan satu tan, ujian di kawasan berpasir, ujian “winching”, ujian penggunaan bahan api, ujian brek, ujian berhalangan, ujian “offroad”, ujian dengan pasukan tentera dan pelbagai lagi.
Menerusi beberapa laporan media sebelum ini, kenderaan tempur tempatan itu berjaya mengharungi segala cabaran dan rintangan dengan jayanya, dan harapan adalah agar MILDEF akan dipilih oleh ATM untuk memenuhi keperluan negara.
Bagaimanapun, admin diberitahu oleh sumber dalaman bahawa harapan menggunung industri pertahanan negara supaya kenderaan keluaran MILDEF itu terpilih kemungkinan tidak akan kesampaian dan mungkin ada calon lain yang berjaya.
Bagaimanapun itu adalah spekulasi yang bertiup kencang ketika ini dan tidak ada kenyataan rasmi setakat ini.
Ya admin faham, untuk pihak ATM mencapai keputusan tentang pembelian sesuatu peralatan ia mengambil masa yang panjang dan penelitian yang teliti.
Cuma jika MILDEF berjaya, ia adalah suatu langkah yang tepat kepada industri pertahanan kita.
Siapa lagi yang akan bantu produk-produk pertahanan dan menaikkan industri pertahanan kita sendiri, jika bukan kita.
Comments are closed.