Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Jom Kenali Unit Komando Wanita Tentera Afghanistan Dipanggil “Female Tactical Platoon”

Unit khas itu dinamakan “Female Tactical Platoon” (FTP) yang matlamat utama penubuhannya adalah untuk membantu pasukan komando Angkatan Tentera Afghanistan semasa operasi-operasi anti-terrorisme (counter-terrorism).

1,876

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam pasukan komando Angkatan Tentera Afghanistan, terdapat satu platun kecil pasukan khas yang kesemua 120 orang anggotanya adalah terdiri daripada wanita-wanita negara itu.

Unit khas itu dinamakan “Female Tactical Platoon” (FTP) yang matlamat utama penubuhannya adalah untuk membantu pasukan komando Angkatan Tentera Afghanistan semasa operasi-operasi anti-terrorisme (counter-terrorism).

Kepakaran utama FTP ini adalah menyelongkar dan penggeledahan (searches), soal-siasat (interrogation) dan bantuan perubatan (medical assistance).

Selain itu mereka juga didedahkan dengan latihan-latihan penembakan tepat (marksmanship) dan skil-skil kombat bagi membolehkan mereka menyertai misi-misi yang dilaksanakan oleh pasukan komando Angkatan Tentera Afghanistan.

Seorang penasihat NATO menyifatkan unit wanita FTP ini sebagai terdiri daripada wanita-wanita berani dan cekal serta tidak mudah berputus-asa.

 

Kesemua 120 orang anggota komando unit FTP ini dikehendaki menjalani latihan asas sebagaimana yang dilalui oleh anggota lelaki di dalam Angkatan Tentera Afghanistan dan satu-satu pusingan kerahan mereka akan mengambil masa selama 15 minggu.

“Saya mahu menyampaikan mesej bahawa ketika dihantar ke mana-mana misi, ini adalah apa yang kami dilatih. Jangan takut kepada kami, kami hanya mahu membantu anda,” kata seorang anggota FTP kepada anggota perhubungan awam tentera Amerika Syarikat baru-baru ini.

“Tahun lepas di Bagram, seorang kanak-kanak perempuan telah ditembak oleh Taliban dan mengalami kecederaan serta berada di dalam keadaan terkejut. Saya berada disampingnya dan membantu beliau. Latihan yang kami lalui menyediakan kami untuk berhadapan dengan situasi,” kata anggota FTP itu.

afghanistan

afghaistan

Kebanyakkan anggota-anggota unit elit ini datang daripada pelbagai kementerian di Afghanistan seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan dalam kes-kes tertentu diambil daripada masyarakat Afghanistan kerana memiliki skil-skil tertentu.

Antara kepakaran unit FTP ini adalah melakukan penggeledahan dan soal-siasat wanita dan kanak-kanak selain menyediakan bantuan perubatan.

Dan mereka melakukan tugas-tugas mereka ini dengan “cara terhormat selaras dengan ajaran Islam dan budaya masyarakat Afghanistan itu sendiri,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Amerika yang bertanggungjawab melatih mereka sebagaimana keseluruhan 11,000 pasukan komando Angkatan Tentera Afghanistan.

afganistan

Walaupun hak-hak wanita di Afghanistan masih jauh berbanding di negara-negara lain, tetapi kewujudan FTP dapat membuka minda dan hati warga negara itu tentang peranan penting wanita dalam semua aspek.

afghanistan

– DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.