Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Afghanistan Keluarkan Video Serangan Udara Terhadap Kedudukan Taliban

Tentera Afghanistan semakin bergantung kepada aset-aset tentera udaranya yang dibina oleh Amerika Syarikat untuk mengekang serangan-serangan darat oleh militan Taliban.

0 1,734

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Afghanistan hari ini telah mengeluarkan beberapa video yang menunjukkan kejayaan serangan udara pihaknya terhadap kedudukan-kedudukan militant Taliban di beberapa bandar negara itu.

Tentera Afghanistan semakin bergantung kepada aset-aset tentera udaranya yang dibina oleh Amerika Syarikat untuk mengekang serangan-serangan darat oleh militan Taliban.

Memandangkan Taliban tiada kekuatan udara, maka aset-aset Tentera Udara Afghanistan menguasai keseluruhan ruang udara negara itu dan menggunakan kelebihan untuk menyerang kumpulan bersenjata  itu daripada udara.

Sebagaimana video (dibawah) yang didakwa oleh tentera Afghanistan, ia mendakwa 22 anggota Taliban terbunuh manakala enam yang lain cedera dalam serangan udara di daerah Grishk di wilayah Helmand pagi tadi.

Selain itu, enam motosikal, senjata dan kelengkapan lain turut berjaya dimusnahkan mereka dalam serangan udara itu.

Dalam satu lagi serangan udara terhadap tempat persembunyian anggota Taliban di Pashtun Kot di wilayah Faryab tengah hari tadi, tentera udara Afghanistan berjaya membunuh 20 anggota kumpulan militan itu manakala enam yang lain cedera.

Video (dibawah) memaparkan serangan udara di Pashtun Kot itu.

Kementerian Pertahanan Afghanistan itu turut mengeluarkan video (dibawah)  yang memaparkan pertempuran sengit antara tentera negara itu dengan Taliban di daerah Asmar di wilayah Kunar hari ini.

Dalam pertempuran itu, kementerian itu mendakwa tujuh anggota Taliban terbunuh  manakala tiga yang lain cedera.

Kementerian Pertahanan Afghanistan turut mengeluarkan kenyataan bahawa tenteranya dan pasukan ketenteraan awam telah berjaya membebaskan daerah Surkh Parsa di wilayah Parwan daripada kekuasaan Taliban. (gambar di bawah)

Dalam serangan itu, tentera Afghanistan berjaya menyebabkan kemalangan jiwa yang tinggi di kalangan anggota Taliban, selain merampas senjata dan kenderaan yang digunakan oleh mereka.

Afghanistan

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...