Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Boleh Lupakan KAI FA-50, Tejas India Dan JF-17 Pakistan Kini Jadi Pilihan?

Maknanya, mana-mana pihak yang berminat untuk menjual pesawat LCA kepada Malaysia perlu bersedia menerima 50 peratus bayaran itu dalam bentuk minyak kelapa sawit atau komoditi lain manakala 50 peratus sama ada di dalam bentuk tunai, transfer-of-technology dll atau kombinasi itu.

0 11,834

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, portal berita “Free Malaysia Today” (FMT) dalam laporan beritanya menyatakan bahawa 50 peratus daripada pembayaran bagi pembelian 18 buah pesawat pejuang LCA-FLIT (Light Combat Aircraft/Fighter Lead-In Trainer) akan dilakukan secara barter trade (timbal-balik) dengan kelapa sawit dijangka menjadi komoditi pilihan untuk Malaysia menjelaskan pembayaran itu.

Maknanya, mana-mana pihak yang berminat untuk menjual pesawat LCA kepada Malaysia perlu bersedia menerima 50 peratus bayaran bagi pembelian itu di dalam bentuk minyak kelapa sawit atau komoditi lain manakala 50 peratus lagi bayaran sama ada di dalam bentuk tunai, transfer-of-technology dll atau kombinasi itu.

Portal itu mendakwa ia telah melihat dokumen tender yang menyatakan syarat 50 peratus bayaran dalam bentuk komoditi itu bagi tender LCA/FLIT TUDM itu.

Tender itu akan ditutup pada 22 September nanti.

Malaysia dijangka membeli 18 buah pesawat LCA-FLIT dibawah Rancangan Malaysia ke-12 dan tambahan 18 lagi pesawat itu pada RMK-13, menjadikan keseluruhannya 36 buah pesawat.

JF-17
Pesawat JF-17 buatan Pakistan/China.

 

Menurut FMT lagi, syarat-syarat 50 peratus bayaran dalam bentuk komoditi bagi pesawat LCA/FLIT  itu adalah salah satu cara untuk negara menangani lobi anti-minyak kelapa sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) .

Cuma admin berpendapat, jika syarat 50 peratus pembayaran pesawat LCA/FLIT dalam bentuk komoditi itu maka pilihan syarikat pengeluar pesawat yang bersedia memenuhi syarat itu akan menjadi semakin berkuranan dan bermakna, lagi kuranglah pilihan kepada TUDM.

“Kita ni nak beli pesawat atau nak jual minyak sawit” kerana apa yang admin nampak adalah TUDM is at the losing end kerana mereka tidak akan mendapat pesawat yang dimahukan mereka (drp segi kemampuan teknikal dan sebagainya) disebabkan kekangan syarat 50 peratus bayaran dalam bentuk komoditi itu.

Pihak yang akan came out victorious dalam isu ini adalah industri kelapa sawit negara dan ekonomi negara secara keseluruhannya.

TUDM mungkin akan terkilan Korea Selatan dan Itali bukanlah pengimport miyak kelapa sawit yang besar daripada Malaysia sekaligus menimbulkan persoalan sama ada syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) yang membangunkan pesawat KAI FA-50 atau Leonardo yang menghasilkan M-346 masih berminat untuk menyertai tender LCA/FLIT TUDM itu.

Syarat 50 peratus bayaran kelapa sawit mungkin akan turn-off minat syarikat Korea dan Itali itu.

FA-50
Pesawat FA-50 buatan Korea Aerospace Industries (KAI).

 

Kedua-dua syarikat Korea Selatan dan Itali itu sebelum ini dikatakan frontrunner untuk memenangi tender itu, tetapi jika betullah laporan berita FMT, maka melopong la kita kerana ramai yang mengharap bahawa TUDM akan memilih pesawat FA-50 atau Leonardo itu.

Sebaliknya, syarat 50 peratus pembayaran menerusi komoditi itu mungkin memberikan kelebihan kepada pesawat Tejas keluaran syarikat Hindustan Aeronautics Limited (HAL) dan pesawat JF-17 Thunder keluaran bersama Pakistan Aeronautical Complex dan Chengdu Aircraft Corporation.

Ini kerana India, Pakistan dan China merupakan pengimport kelapa sawit negara yang besar dan mungkin tiada masalah bagi mereka untuk menerima 50 peratus pembayaran LCA/FLIT itu di dalam bentuk minyak sawit atau komoditi lain, walaupun mereka lagi suka untuk dibayar dalam bentuk wang tunai.

Satu lagi calon iaitu pesawat YAK-130 buatan Russia juga mungkin tiada masalah untuk menerima bayaran dalam bentuk komoditi kerana telah melakukannya sebelum ini ketika Malaysia membeli pesawat-pesawat MiG-29 dan Sukhoi Su-30MKM.

Pilihan pemenang tender yang dahulunya menjangkakan akan berpihak kepada Korea Selatan dan Itali kini sudah bertukar kepada kepada Pakistan, India dan Russia.

Oklah, pilot kita dah boleh standby belajar bahasa Tamil..

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...