[VIDEO] Ibu Pejabat Polis Indonesia Diserang Individu Bersenjata Pistol
Di dalam video yang kini telah viral, individu memakai bertudung dan berjubah hitam dilihat merayau di dalam perkarangan Mabes Polri sambil mengacu pistol terhadap beberapa anggota polis.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang individu dipercayai anggota kumpulan pengganas mati ditembak selepas beliau menceroboh Markas Besar (Ibu Pejabat) Polis Republik Indonesia (Mabes Polri) di Jakarta sebentar tadi.
Individu itu yang berjubah sehingga kini tidak dikenali identitinya mahupun jantina dipercayai membawa sepucuk pistol.
Di dalam video yang kini telah viral, individu memakai bertudung dan berjubah hitam dilihat merayau di dalam perkarangan Mabes Polri sambil mengacu pistol terhadap beberapa anggota polis.
Kedengaran juga bunyi beberapa das tembakan.
Juga kelihatan polis Indonesia melepaskan beberapa das tembakan terhadap individu itu sehingga menyebabkan beliau jatuh.
Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada individu ini bertindak secara berseorangan atau mewakili mana-mana kumpulan.
Kejadian serangan di Mabes Polri ini berlaku beberapa hari selepas kejadian serangan berani mati di pintu masuk sebuah gereja di Makasar.
Dua orang pengebom berani yang disahkan suami isteri mati dalam serangan itu dan mencederakan belasan pengunjung gereja itu yang lain.
Comments are closed.