Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Tiga Kapal Selam Nuklear Russia Lakukan “Surfacing” Secara Serentak Di Artik

Kapal-kapal selam yang terlibat dalam surfacing itu adalah dua buah kapal selam berkuasa nuklear, “Delta IV” dan sebuah kapal selam juga berkuasa nuklear, “Borei.

0 2,817

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menurut penganalisis pertahanan, tindakan kapal selam menaikkan diri “surfacing” terutamanya di kawasan perairan yang diselaputi oleh ais yang tebal adalah langkah yang berisiko tinggi dan memerlukan strategi serta persiapan yang rapi.

Tindakan surfacing di perairan ais itu juga menunjukkan kemampuan kapal selam terbabit.

 

Oleh kerana itulah, apabila tiga buah kapal selam Russia melakukan “surfacing” secara serentak di Artik baru-baru ini dianggap satu kejayaan yang besar, terutamanya di dalam melaksanakan maneuver yang rumit serta jarang-jarang sekali dilakukan.

Kementerian Pertahanan Russia turut mengeluarkan video mengenai kejayaan unik itu, yang berlaku apabila ketiga-tiga kapal selam itu memecahkan air yang tebal untuk naik ke permukaan di Franz Josef Land Archipelago di Artik, utara Laut Barents.

Kapal-kapal selam yang terlibat dalam surfacing itu adalah dua buah kapal selam berkuasa nuklear, “Delta IV” dan sebuah kapal selam juga berkuasa nuklear, “Borei.

Setiap satu kapal selam itu mampu membawa sehingga 16 peluru berpandu ballistik nuklear.

Ketiga-tiga kapal selam itu sedang mengambil bahagian dalam Latihan Umka-2021 (Umka bermaksud Beruang Polar di dalam Bahasa Chukchi).

Latihan itu melibatkan ekspedisi kira-kira 600 anggota tentera dan awam termasuk daripada Russian Geographical Society.

Umka-2021

Menurut komander tentera laut Russia Laksamana Nikolay Yevmenov dalam perbualan telefon dengan Presiden Russia Vladimir Putin, ketiga-tiga kapal selam Russia yang jaraknya antara 1,000 meter antara satu sama lain itu menembusi lapisan ais setebal 1.5 meter untuk naik ke permukaan perairan yang diselaputi ais.

Suhu sekeliling pada masa itu adalah di antara -13 hingga -22 dengan angin bertiup selaku 70km sejam.

Surfacing kapal selam dengan memecahkan ais yang tebal adalah usaha yang sukar, terutamanya secara serentak oleh tiga kapal selam kerana mereka tidak berhubung antara satu sama lain.

Mencari lokasi ais untuk surfacing itu adalah usaha yang amat sukar kerana jika “surfacing” dilokasi yang salah boleh menyebabkan kapal selam mengalami kerosakan disebabkan ais yang terlalu tebal.

Walaupun ini adalah kali pertama kapal selam Russia dilihat melakukan “surfacing” secara serentak di Artik, tetapi kapal-kapal selam Amerika Syarikat pernah melakukannya pada 2018.

Ia melibatkan “surfacing” oleh kapal selam USS Connecticut dan USS Hartford sambil diperhatikan oleh kapal selam British, HMS Trentchant.

Umka-2021

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...