[VIDEO] Apa Akan Jadi Pada Aset-Aset Bank Negara Afghanistan Sebanyak US$10 Billion?
Kini, apabila Afghanistan sudah dibawah pemerintahan Taliban, apa akan terjadi kepada aset Bank Negara Afghanistan itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bank Negara Afghanistan atau “Da Afghanistan Bank” (DAB) memiliki aset yang dianggarkan sebanyak US$9.5 billion hingga US$10 billion di dalam pelbagai bentuk daripada rizab emas hinggalah kepada matawang asing.
Kebanyakkan daripada aset-aset itu disimpan di luar negara termasuk dengan Federal Reserve Bank of New York dan Bank of England.
Laporan kewangan terkini DAB sehingga 21 Jun sebagaimana dipetik oleh agensi berita Reuters menyebut bahawa ia memiliki aset sebanyak US$10 bilion termasuk rizab emas sebanyak US$1.3 bilion dan matawang asing sebanyak US$360 juta.
Selain itu, DAB juga memiliki pelbagai pelaburan bernilai US$6.1 bilion.
Menurut gabenor DAB, Ajmal Ahmady dalam ciapan di dalam akaun Twitternya berkata, beliau telah memberi tanggungjawab menjaga bank negara itu kepada timbalannya selepas melarikan diri ke negara asing bersama-sama Presiden Ashraf Ghani pada Ahad lepas, ketika Taliban berada di pintu masuk Kabul.
VIDEO: Following the recent debate over the safety of #Afghanistan's Bactrian gold, the treasure was put on display today at the Presidential Palace for viewing by Palace visitors. pic.twitter.com/oG7UCe4wGq
— TOLOnews (@TOLOnews) February 10, 2021
Kini, apabila Afghanistan sudah dibawah pemerintahan Taliban, apa akan terjadi kepada aset Bank Negara Afghanistan itu.
Adakah Taliban akan dapat menguasai aset bernilai US$10 bilion itu?
Nampaknya usaha Taliban untuk menguasai aset-aset Bank Negara Afghanistan itu tidak akan berhasil kerana menurut seorang pegawai di dalam pentadbiran Presiden Jo Biden, aset berbilion dollar Amerika itu akan dibekukan.
“Mana-mana aset Bank Negara Afghanistan di Amerika Syarikat tidak akan diserahkan kepada Afghanistan,” kata pegawai itu kepada agensi berita Reuters.
Laporan-laporan lain mengatakan matawang asing Bank Negara Afghanistan sebanyak US$360 juta itu dipegang di cawangan-cawangan DAB di seluru negara bergolak itu serta disimpan di Istana Presiden.
Comments are closed.