Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Amerika Kerah Pesawat Pengintip “U-2” Ke Laut China Selatan

714

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Selain mengerah kapal pengangkut pesawat (CVN-71) USS Theodore Roosevelt dan kapal-kapal pengiringnya ke Laut China Selatan, Amerika Syarikat turut menerbangkan pesawat pengintip “U-2S” yang diberi gelaran “Dragon Lady” di perairan yang menjadi sumber ketegangan diantaranya dengan China.

Menurut aplikasi penjejak pesawat (flight tracker), pesawat pengintip itu dipercayai terbang daripada pengkalan udara Osan di Korea Selatan.

Selain memantau di Laut China Selatan, pesawat pengintip buatan syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin itu turut melakukan penerbangan mengelilingi Taiwan. Dalam satu ketika, ia hanya berada kira-kira 22.55 batu nautika daripada daratan Taiwan.

Pesawat pengintip itu dipercayai terbang setinggi 60,000 kaki untuk melakukan kerja-kerja pengintipan di Laut China Selatan dan Taiwan.  Pesawat U-2 “Dragon Lady” merupakan pesawat satu enjin, yang menjalankan tugas-tugas pengintipan daripada altitude yang tinggi. Pesawat terbabit diketahui dioperasi oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan agensi perisikan, Central Intelligence Agency (CIA). Ia mampu memberikan maklumat perisikan siang dan malam daripada altitude tinggi dan dalam semua keadaan cuaca.

U-2
Flight tracker pesawat pengintip “U-2” di Laut China Selatan dan Taiwan. (kredit Aircraft Spots)

Selain USS Theodore Roosevelt dan carrier battle group yang memasuki Laut China Selatan pada Sabtu lepas, sebuah lagi kapal Amphibious Assault Ship (LHA-6) “USS America” turut dikerah ke laut itu untuk bersama-sama kapal pengangkut pesawat terbabit.

Kedua-dua kapal itu dijangka mengadakan latihan bersama di Laut China Selatan.

Ketegangan di Laut China Selatan memuncak hanya beberapa hari selepas Jo Biden mengangkat sumpah apabila China menghantar puluhan pesawat tentera untuk menceroboh Zon Pertahanan Udara Taiwan (ADIZ) pada Sabtu dan Ahad.

Dalam tempoh dua hari itu, sebanyak 28 buah pesawat China termasuk pengebom strategik H-6K telah menceroboh ADIZ Taiwan itu.

Menurut pemerhati, kehadiran begitu banyak pesawat-pesawat tentera China itu bukan sekadar suatu pencerobohan biasa tetapi merupakan suatu “simulasi serangan” terutamanya terhadap kapal pengangkut pesawat Amerika yang berada di Laut China Selatan.

U-2
Pesawat U-2 “Dragon Lady.”
U-2
Pakaian juruterbang pesawat pengintip altitud tinggi “U-2”.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments are closed.