Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Pesawat Russia Lakukan “Simulasi Serangan” Terhadap USS Donald Cook di Laut Hitam

0 378

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Dua hari lepas, kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat USS Donald Cook (DDG-75) melintasi Selat Bosphorus untuk memulakan operasi di Laut Hitam.

Menurut laporan daripada beberapa pemerhati pertahanan, sebaik sahaja berada di Laut Hitam kapal perang Amerika Syarikat itu telah berhadapan dengan “gangguan” daripada pesawat-pesawat pejuang Tentera Russia.

 

(rakaman kejadian simulasi serangan pesawat Russia terhadap USS Donald Cook di Laut Baltik pada April 2016)

Pesawat-pesawat pejuang Russia daripada Black Sea Fleet itu dikesan berlepas daripada pengkalan-pengkalan udara di Simferopol dan Sevastopol.

Laporan berkata dua hari lepas, ketika USS Donald Cook berada di Laut Hitam mereka telah diganggu oleh dua buah pesawat Su-24M, dua buah pesawat Su-30M dan dua buah pesawat Su-27 yang dikatakan telah melakukan “simulasi serangan” terhadap kapal perang tentera laut Amerika Syarikat itu. Simulasi serangan itu dipanggil sebagai “ detect and conditional destruction”.

donald cook
Grafik simulasi serangan oleh enam buah pesawat Russia terhadap USS Donald Cook.

Pada ketika ini tidak banyak maklumat mengenai insiden ini.

Tetapi ini bukanlah insiden yang pertama menimpa USS Donald Cook kerana ia pernah mengalami insiden yang sama ketika melakukan operasi di Laut Baltik, tidak jauh daripada pantai Russia.

Pada April 2016 ketika ia berada di Laut Baltic, dua buah pesawat Su-24 melakukan penerbangan rendah dan merbahaya seperti sedang melakukan simulasi serangan berhampiran dengan kapal perang terbabit.

Menurut seorang pegawai tentera laut Amerika, pesawat Russia itu melakukan interaksi yang amat berbahaya dan boleh menyebabkan insiden yang lebih besar terutamanya ketika hubungan Amerika dan Russia tegang akibat isu Crimea.

Sebuah helikopter Russia daripada jenis Kamov KA-27 Helix juga melakukan beberapa penerbangan berhampiran kapal perang Amerika Syarikat itu untuk mengambil gambar.

Pada ketika insiden itu berlaku, USS Donald Cook berada kira-kira 70 batu nautika daripada bandar terdekat Russia iaitu, Kaliningrad yang berada di antara Lithuania dan Poland.

Dalam satu insiden pada bulan yang sama, sebuah pesawat Su-24 terbang sehampir 30 kaki daripada USS Donald Cook.

donald cook
USS Donald Cook melintasi Selat Bosphorus menuju ke Laut Hitam.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...