Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Rakaman, Gambar Pertama Pesawat Pejuang F-35I “Adir” Israel Di Lubnan

0 564

DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang jurukamera stesen televisyen Al-Manar TV yang dimiliki oleh Hezbollah berjaya merakam video dan gambar pesawat-pesawat pejuang F-35I “Adir” milik Tentera Udara Israel terbang di ruang udara Lebanon beberapa jam yang lepas.

Ia merupakan irakaman dan mej pertama pesawat pejuang terbaru Israel ketika melaksanakan operasi kombat yang sebenar dimana-mana medan konflik.

Pada mulanya, jurukamera stesen televisyen Hezbollah itu berpendapat rakaman imej dan video itu adalah milik pesawat pejuang F-15 Tentera Udara Israel dan telah upload gambar-gambar itu di akaun Twitter miliknya.

Tetapi apabila pembaca melihat gambar-gambar itu, barulah mereka mengetahui ia adalah gambar pesawat pejuang F-35I Israel dan ia adalah kali pertama gambar serta video pesawat pejuang terkini negara Yahudi itu berjaya diambil oleh mana-mana pihak ketika mereka sedang menjalankan operasi kombat sebenar di ruang udara Lebanon.

F-35 Adir

Pesawat-pesawat pejuang F-35I “Adir” Israel terlibat dalam serangan udara terhadap beberapa kedudukan pejuang-pejuang yang disokong oleh Iran di Syria minggu lepas, tetapi tiada imej atau gambar menunjukkan penglibatan mereka.

Pesawat-pesawat pejuang Israel menceroboh ruang udara Lebanon hampir setiap hari akhir-akhir ini, tetapi gambar pesawat F-35I tidak pernah diambil sebelum ini.

Menurut pemerhati pertahanan tempatan, pesawat-pesawat pejuang Israel itu sedang mengadakan latihan serangan udara terhadap beberapa kedudukan penting kumpulan bersenjata Hezbollah di Beirut dan beberapa kawasan sekitar.

F-35 Adir
Pesawat pejuang F-35I Adir di ruang udara Lebanon.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...