(Sila like dan subscribe Channel You Tube “Defence Security Asia.” (visual kredit Baykar Makina)
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV) “Akinci” merupakan pesawat tanpa pemandu generasi terbaru yang dihasilkan oleh syarikat pembuat dron terkenal Turki, Baykar Makina.
Syarikat Baykar Makina ini adalah milik Selcuk Bayraktar, menantu kepada Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan.
Ia adalah syarikat sama yang menghasilkan Bayraktar TB2 yang telah pun menunjukkan keberkesanannya di Nagorno-Karabakh, Libya dan Syria.
Kini syarikat menampilkan pula, “Akinci” yang telah melakukan penerbangan sulungnya pada 6 Ogos tahun lepas dan penerbangan kedua hanya pada Januari tahun ini.
Baru-baru ini, “Akinci” melakukan penerbangan ketiga dan dengan ia telah melakukan kesemua aspek penerbangan sebelum ia diterima masuk di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Turki.
“Akinci” ini mampu terbang selama 24 jam dan setinggi 40, 000 kaki di udara.
Panjang sayapnya sahaja adalah 65 kaki dan ia boleh membawa kira-kira 1.3 tan senjata dan sistem elektronik dan lain-lain.
“Akinci” dilengkapi dengan dua enjin berkuasa 450 kuasa kuda setiap satu atau enjin berkuasa 750 kuasa kuda.
Ia juga boleh dipasang dengan enjin berkuasa 240 kuasa kuda buatan tempatan.
Berat keseluruhan “Akinci” UCAV ini adalah 5,5 tan.
“Akinci” mampu membawa pelbagai jenis senjata udara-ke-darat termasuk, bom Mk 81/82, bom-bom pintas termasuk Roketsan MAM-C and MAM-L, roket panduan laser “Cirit” dan peluru berpandu anti kereta kebal L-UMTAS serta bom yang dilengkapi dengan kit panduan (guidance kits) TÜBİTAK-SAGE HGK, KGK, and LGK.
Pesawat UCAV itu juga bakal diintegrasikan dengan peluru berpandu kruis Roketsan SOM-A yang boleh menembak sasaran sejauh 250km.
Selain itu, “Akinci” juga akan dilengkapkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara buatan tempatan.
(Sila like dan subscribe Channel You Tube “Defence Security Asia.”)
Comments are closed.