Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] ATM Dijangka Terima Heli MD530G Jun Tahun Depan

758

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima enam helicopter jenis MD530G Light Scout Attack secara berperingkat mulai Jun tahun depan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau bagaimanapun berkata, aset berkenaan perlu melalui proses ujian penilaian dan memenuhi kriteria aset ATM sebelum kerajaan menerima aset itu.

Ujian penilaian bermaksud helicopter berkenaan perlu dibuat penilaian dari segi sama ada sesuai untuk dijadikan aset ATM atau sebaliknya.

MD Heli
MD530G dibeli ketika Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi Menteri Pertahanan.

“Satu pasukan sudah berlepas (semalam) ke Amerika Syarikat bagi membuat ujian penilaian helikopter berkenaan sebelum ia dipersijilkan sebagai aset ATM,” katanya yang juga Menteri Pertahanan selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara Bernama TV : “Belanjawan 2021 : Memperkasa Pertahanan” malam tadi.

Ismail Sabri berkata, sekiranya helicopter itu sesuai dijadikan aset ATM, satu lagi pasukan akan dihantar ke sana untuk melakukan proses persijilan aset ATM.

Malaysia menandatangani perjanjian untuk membeli enam buah helicopter penyerang ringan MD530G keluar syarikat MD Helicopters Inc pada 2016 dengan harga RM320 juta.

Syarikat MD Helicopters itu adalah anak syarikat kepada gergasi pertahanan Amerika Syarikat, McDonnel Douglas.

 

Demonstrasi kemampuan MD530G.

Penghantaran helicopter penyerang ringan yang sepatutnya digunakan di kawasan pantai timur Sabah itu sudah beberapa kali tertangguh kerana beberapa sebab.

Ianya pun sudah dijadikan isu politik oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

So kali ini, admin haraplah penghantaran helicopter MD530G itu akan benar-benar berlaku, supaya anggota tentera kita diberikan peralatan yang sepatutnya untuk mempertahankan kedaulatan negara.

MD Heli
Helicopter MD530G ini sepatutnya bertugas di ESSCOMM Sabah.

Helicopter MD530G light scout attack ini boleh dilengkapi dengan TALON laser guided rocket untuk menangani ancaman kenderaan armor.

Selain itu ia juga boleh dilengkapi dengan mesingan 12.7mm dan Dillon Aero 7.62mm mini Gatling gun serta pelbagai lagi sensor dan alatan avionic moden.

Helicopter ini boleh terbang selaju diantara 240km hingga 280 km sejam sejauh 430km dan selama dua jam setengah penerbangan.

Admin tak pasti sama ada versi MD530G yang dipesan oleh Malaysia ini mampu menembak peluru berpandu anti- kereta kebal “Hellfire.”

MD Heli
Helicopter Light Scout Attack MD530G

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...