Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Adakah Ia Benar-Benar Helikopter MD-530G Milik PUTD?

Ciapan Twitter itu tidak menerangkan sama ada yang terbang itu adalah helikopter MD530G  milik PUTD atau dimana lokasi penerbangan itu berlaku.

2,444

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu ciapan di akaun Twitter @SharkParsons,  kelihatan sebuah helikopter MD-530G dengan warna camo seperti Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dirakam sedang terbang di sebuah kawasan padang pasir (mungkin di Arizona).

Ciapan Twitter itu tidak menerangkan sama ada yang terbang itu adalah helikopter MD-530G  milik PUTD atau dimana lokasi penerbangan itu berlaku.

Tetapi warna camo helikopter yang lengkap dengan pod roket atau mesingan itu menarik perhatian, menimbulkan persoalan sama ada apa yang kelihatan di dalam ciapan Twitter itu adalah benar-benar milik ATM.

Susahnya di Malaysia ni, maklumat tentang benda-benda macam ni (pembelian sistem persenjataan) sukar diperolehi daripada sumber rasmi,menyebabkan banyak pihak terpaksa bergantung pada spekulasi dan tekaan (serkap jarang).

Kali terakhir berita tentang helikopter MD-530G itu adalah pada Februari lepas  apabila Tentera Darat Malaysia mengumumkan bahawa ia menjangkakan akan menerima helikopter tempur ringan (armed scout attack helicopter) Ogos ini.

Perkara itu didedahkan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang berkata Tentera Darat Malaysia bakal menerima enam buah helikopter jenis MD-530G bernilai RM321.9 juta pada Ogos tahun ini.

“Helikopter MD-530G ini telah melalui proses ujian kelayakan udara, dan pihak saya telah pergi ke sana (Arizona) melihat ujian itu telah diluluskan. Selepas kesemua ujian terhadap helikopter berjalan dengan selamat, enam buah itu akan tiba di Malaysia pada bulan Ogos tahun ini.

Kini fasa seterusnya, pihak saya akan ke Arizona sekali lagi untuk membuat pemeriksaan prapenghantaran (PDI) dan seterusnya kami akan melakukan latihan,” katanya pada Februari lepas itu.

md

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.