Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

USAF Tamatkan Khidmat 250 Pesawat Pejuangnya Termasuk 22 Buah F-22 “Raptor”

Antara pesawat-peswat pejuang Tentera Udara Amerika Syarikat yang akan dibersarakan pada tahun 2025 adalah 22 buah pesawat pejuang F-22 “Raptor”,65 buah F-15 C/D,  56 buah A-10 “Warthog”, 26 buah F-15E,  11 buah F-16 C/D dan 16 buah pesawat tangki KC-135.

0 4,686

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) mahu menamatkan perkhidmatan 250 buah pesawat kombatnya pada tahun depan meliputi pesawat-pesawat pejuang utamanya termasuk F-22 “Raptor”, F-15 dan F-16.

Penamatan khidmat 250 buah pesawat kombatnya pada 2025 itu akan membawa bilangan keseluruhan pesawat di dalam Tentera Udara Amerika Syarikat kepada kira-kira 4,900 buah pesawat berbanding lebih daripada 5,000 buah pesawat pada ketika ini.

“Penamatan khidmat 250 buah pesawat kombat milik Tentera Udara Amerika Syarikat itu akan meembawa penjimatan kira-kira US$2 bilion(RM9 bilion),”menurut pegawai kanan Tentera Udara Amerika Syarikat Mej Jen Mike A, Greiner.

Antara pesawat-peswat pejuang Tentera Udara Amerika Syarikat yang akan dibersarakan pada tahun 2025 adalah 22 buah pesawat pejuang F-22 “Raptor”,65 buah F-15 C/D,  56 buah A-10 “Warthog”, 26 buah F-15E,  11 buah F-16 C/D dan 16 buah pesawat tangki KC-135.

Hasil daripada penjimatan itu akan digunakan ke arah usaha-usaha memodenkan lagi Tentera Udara Amerika Syarikat terutamanya membabitkan pesawat-pesawat kombat lain yang lebih canggih untuk digunakan olehnya.

F-15J
Pesawat F-15J Jepun

 

Antaranya perolehan-perolehan baru yang dirancang oleh Tentera Udara Amerika Syarikat 42 buah pesawat pejuang F-35 dan juga 18 buah varian pesawat pejuang F-15EX.

Bagaimanapun ia masih tidak menepati kriteria yang ditetapkan oleh pengurusan tertinggi Tentera Udara Amerika Syarikat yang mahukan perolehan sebanyak 72 pesawat-pesawat kombat yang baru pada 2025.

Perolehan-perolehan baru bagi Tentera Udara Amerika Syarikat pada 2025 hanya 60 buah.

Terdapat rancangan Tentera Udara Amerika Syarikat untuk menamatkan khidmat pesawat pejuangnya telah dibantah oleh anggota-anggota Kongress negara itu terutamanya membabitkan sebahagian daripada F-22 “Raptor” itu.

Sebaliknya, anggota Kongres terbabit mahukan Tentera Udara Amerika Syarikat melabur dan menaiktaraf pesawat-pesawat F-22 “Raptor” itu.

A-10
A-10

 

Mereka mahukan Tentera Udara Amerika Syarikat menaiktaraf pesawat-pesawat F-22 “Raptor” daripada varian Block 20 kepada Block 30/35 untuk memastikan pesawat itu terus berkhidmat di barisan harapan.

Tentera Udara Amerika Syarikat mahu mengurangkan bilangan pesawat F-22 “Raptor” yang masih berada di dalam pegangannya pada masa ini kepada 153 buah pesawat daripada 185 buah pesawat.

Tentera Udara Amerika Syarikat sedang membangunkan pesawat New Generation Air Dominance (NGAD) bagi menggantikan F-22 “Raptor.” 

Produksi pesawat generasi kelima “paling canggih” di dunia itu telah pun ditamatkan pada 2011 oleh syarikat pembuatnya, Lockheed Martin.

F-22 Raptor
F-22 Raptor

 

Kira-kira US$64 bilion (RM256 bilion) telah dibelanjakan oleh pembayar cukai di Amerika Syarikat untuk membangunkan pesawat pejuang generasi kelima F-22 “Raptor” yang dikatakan adalah pesawat pejuang tercanggih negara itu ketika ia memulakan operasi pada pertengahan 1990-an.

Selepas membelanjakan sejumlah RM256 bilion atau bersamaan dengan belanjawan tahunan Malaysia untuk membangunkan pesawat yang direkabentuk untuk memenangi pertempuran di udara, Washington akhirnya hanya membina sebanyak 187 buah pesawat F-22 Raptor, satu jumlah yang amat kecil berbanding perbelanjaan amat besar yang dikeluarkan daripada kantungnya. — DSA

Comments
Loading...