Turkiye Kini Guna Enjin Turbojet Buatan Tempatan Untuk Peluru Berpandu ATMACA, SOM, CAKIR
Dengan bermulanya pembuatan besar-besaran enjin turbojet peluru berpandu KTJ-3200 yang dibangunkan oleh syarikat Turkiye, Kale Jet Engines, maka ia juga bermakna bahawa Projek Pembangunan Enjin Turbojet telah berjaya dilaksanakan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dengan bermulanya pembuatan besar-besaran enjin turbojet peluru berpandu KTJ-3200 yang dibangunkan oleh syarikat Turkiye, Kale Jet Engines, maka ia juga bermakna bahawa Projek Pembangunan Enjin Turbojet telah berjaya dilaksanakan.
Dipetik daripada portal pertahanan SavunmaSanayiST.com, Projek Pembangunan Enjin Turbojet merupakan inisiatif Presidency of Defense Industries (SSB) Turkiye untuk membangunkan enjin turbojet kebangsaan yang akan digunakan untuk peluru-peluru berpandu ATMACA dan juga Stand-Off Missile (SOM).
Projek itu berjaya mencapai matlamatnya apabila enjin turbojet KTJ-3200 itu berjaya dibangunkan dan produksi enjin tersebut bermula.
Dalam satu majlis yang diadakan di Canakkale, Turkiye baru-baru ini, Presiden SSB Prof Dr Haluk Gorgun berkata Turkiye kini mampu untuk memenuhi keperluannya sendiri menggunakan sumber-sumber tempatan selepas kejayaan pembangunan enjin turbojet tempatannya.
Pada ketika ini, enjin yang dibangunkan oleh Kale Turbojet Engines telah dintergrasikan ke dalam peluru berpandu ATMACA, SOM dan CAKIR.