Tunisia Bakal Dapatkan Pesawat F/A-18 Hornet Kuwait, TUDM “Melepas”
Panglima TUDM ketika itu turut mengesahkan perbincangan mengenainya, tetapi dua tahun kemudian keadaan masih sama tanpa ada apa-apa perkembangan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua tahun lepas, media-media di negara ini melaporkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bercadang mendapatkan pesawat pejuang F/A-18C/D yang akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Tentera Udara Kuwait.
Panglima TUDM ketika itu turut mengesahkan perbincangan mengenainya, tetapi dua tahun kemudian keadaan masih sama tanpa ada apa-apa perkembangan.
Cadangan pembelian pesawat F/A-18 Kuwait itu adalah sebagai “stop-gap measures”, kononnya sementara TUDM memperolehi pesawat MRCA (multi-role combat aircraft) yang baru. (kita nampaknya akan mendapat LCA baru dan kemudian barulah MRCA – kemungkinan besar selepas tahun 2030).
Dan hari ini, harapan untuk mendapatkan F/A-18C/D yang akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Tentera Udara Kuwait sebagai tambahan kepada lapan buah F/A-18D yang TUDM miliki ketika ini juga tidak akan kesampaian.
Ini kerana menurut laporan media daripada benua Afrika mengatakan Tunisia sedang berunding dengan Kuwait untuk mendapatkan pesawat F/A-18C/D milik Tentera Udara Kuwait itu.
Dikatakan Kuwait bakal menjual pesawat Hornetnya pada harga US$1 juta sahaja, tetapi kos menaiktaraf pesawat itu yang akan dilakukan di Amerika Syarikat akan ditanggung oleh pembelinya, dalam kes ini kemungkinan besar adalah Tunisia.
Laporan mengatakan Amerika Syarikat mahu proses pembelian oleh Tunisia itu direalisasikan kerana ia bermakna Washington dapat mengurangkan bantuan ketenteraan kepada negara Afrika Utara itu.
Nampak gaya, pesawat-pesawat F/A-18 milik Kuwait itu akan terbang ke Tunisia dan bukan ke Malaysia sebagaimana diharapkan dan lapan buah pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat yang digunakan oleh TUDM akan kekal lapan sehinggalah perkhidmatannya ditamatkan nanti.
Tiada penambahan.
TUDM dan Kementerian Pertahanan mungkin berfikir belanja untuk refurbish dan upgrade F/A-18C/D Kuwait itu “tidak berbaloi”atau terlalu mahal.
Mungkin ia fikir adalah lebih baik untuk membelanjakan duit itu (perolehan Hornet Kuwait) untuk mendapatkan pesawat-pesawat baru atau LCA.
Comments are closed.