Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Beijing Dalam Proses Bina Pangkalan Udara Di Pasifik, Tidak Jauh Dari Hawaii?

Sebagaimana yang kita tahu, Pulau Hawaii adalah pangkalan tentera Amerika yang utama di Pasifik.

0 1,759

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beijing merancang untuk menaiktaraf landasan kapal terbang dan jambatan di salah sebuah pulau terpencil di Republic Kiribati, yang terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik, kira-kira 3,000km daripada Pulau Hawaii.

Sebagaimana yang kita tahu, Pulau Hawaii adalah pangkalan tentera Amerika yang utama di Pasifik.

Menurut pembuat undang-undang di republic terbabit, China mahu membangun semula kemudahan itu dan menjadikannya sebuah penempatan pesawat-pesawat sebagaimana dilakukan oleh Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua.

Perancangan oleh Beijing itu bagaimanapun belum lagi diumumkan kepada orang awam, tetapi ia melibatkan kerja-kerja pembinaan di pulau terpencil dikenali dengan nama “Kanton” (Canton) yang terletak di kedudukan strategik antara benua Asia dan benua Amerika.

Dipetik sebagai oleh agensi media antarabangsa, Reuters, ahli politik pembangkang Kiribati, Tessie Lambourne berkata projek menaiktaraf landasan itu amat menggusarkan dan mahu tahu sama ada ia adalah sebahagian daripada “Inisiatif Belt and Road”.

Kiribati

“Kerajaan (Kiribati) belum lagi berkongsi tentang kos projek itu dan maklumat mengenainya kecuali kajian feasibility tentang kerja-kerja menaiktaraf dan jambatan. Pihak pembangkang akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai projek itu,” katanya.

Presiden Kiribati Taneti Maamau dan Kementerian Luar China enggan memberikan komen apabila diminta oleh Reuters.

Walaupun kecil daripada segi saiz, Republik Kiribati yang mempunyai 120,000 penduduk menguasai antara Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) terbesar di dunia seluas 3.5 juta km persegi di Lautan Pasifik.

Menurut pemerhati, apa sahaja kerja-kerja pembinaan dan naik taraf landasan di Kanton itu akan memberikan “tapak” kepada China di kawasan yang sebelum ini adalah sekutu kepada Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Kedua.

kiribati
Presiden Taneti Maamau dengan Presiden China Xi Jinping.

 

Kanton sebelum ini penah menempatkan pesawat-pesawat Amerika Syarikat pada Perang Dunia Kedua serta kemudahan Missile Tracking.

“Pulau itu bakal menjadi kapal pengangkut pesawat yang kekal,” kata seorang pegawai kerajaan Kiribati yang enggan dinamakan.

Sejak beberapa tahun ini, Kiribati menjadi perhatian kepada Washington dan China.

Pada akhir 2019, Kiribati telah menukar pengiktirafan diplomatiknya daripada Taiwan kepada China, yang disifatkan sebagai kemenangan terhadap usaha-usaha diplomatik oleh Beijing.

Usaha itu dipelopori oleh Maamau yang kemudiannya dipilih menjadi Presiden Kiribati.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...