Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Seberat 100,000 Tan, USS Gerald R. Ford Memulakan Kerahan Pertama

Bernilai US$13 billion (RM52 billion), USS Gerald Ford (CVN-78) adalah kapal pengangkut pesawat kelas Gerald Ford yang pertama daripada empat kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear baharu Tentera Laut Amerika Syarikat bagi menggantikan kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz yang sedang berkhidmat pada masa ini.

0 3,092

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mula dibina pada 2009 pada kos US$13 bilion (RM52 bilion), kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear terbaru Amerika Syarikat, USS Gerald R. Ford (CVN 78) telah dikerahkan ke medan operasi luar negara buat pertama kalinya beberapa hari lepas.

Pada 4 Oktober lepas. kapal pengangkut pesawat terbaru Amerika Syarikat di dalam tempoh 40 tahun telah meninggalkan pangkalannya di Norfolk,Virginia.

Kapal pengangkut pesawat itu memulakan pelayaran ke Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean bersama-sama 9,000 anak kapalnya dan kapal-kapal pengiring untuk turut sama dalam latihan bersama-sama 20 buah kapal perang lain daripada negara-negara anggota NATO (North Atlantic Treaty Organisation)

Gerald Ford
Kapal pengangkut pesawat terbaru Amerika Syarikat, USS Gerald R.Ford (CVN 78)

 

Empat negara yang terbabit dalam latihan itu adalah Kanada, Jerman, Denmark, Finland, Belanda, Sepanyol,Sweden dan Perancis serta 60 buah pesawat kombat.

“Kerahan ini merupakan peluang untuk menonjolkan kemampuan operasi kapal pengangkut pesawat USS Gerald R.Ford dan Carrier Air Wing 8 dalam membawa masa depan penerbangan tentera laut kepada wilayah, negara sekutu dan negara-negara rakan kita,” kata Komander Carrier Strike Group 12 Laksamana Greg Huffman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.

Selain USS Gerald R.Ford, Carrier Strike Group 12 itu turut termasuk kapal-kapal destroyer USS Ramage, USS McFaul dan USS Thomas Hudner serta cruiser USS Normandy, kapal replenishment oiler Joshua Humphreys, kapal kargo kering Robert E.Peary dan kapal pengawal pantai Hamilton.

Menurut Tentera Laut Amerika Syarikat lagi, kapal pengangkut pesawat terbaru dan termoden negara itu akan memulakan kerahan operasional secara lebih kerap lagi pada tahun hadapan.

USS Gerald R.Ford sepatutnya memulakan kerahan pada tahun 2018, tetapi dihalang oleh beberapa siri masalah teknikal, kerosakan peralatan dan kelewatan dalam mengintegrasikan 23 teknologi baru ke kapal itu sehingga memaksa tentera laut negara itu menangguhkan kerahannya.

Super Hornet
Pesawat Super Hornet ketika menjalani ujian dengan kapal pengangkut pesawat USS Gerald Ford.

 

Menurut Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Gerald R.Ford menjadi kapal pengangkut pesawat pertama negara itu menggunakan sistem dikenali sebagai Electromagnetic Aircraft Launch System (EMALS) yang menggunakan kuasa elektrik untuk melancarkan pesawat daripada kapal itu.

Sebelum ini,kapal-kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat daripada kelas-Nimitz menggunakan sistem catapult berkuasa stim untuk melancarkan pesawat-pesawat daripada dek penerbangannya.

Menurut Tentera Laut Amerika Syarikat, sistem EMALS itu akan mengurangkan tempoh masa di antara satu pelancaran pesawat serta tekanan (strain) terhadap pesawat yang dilancarkan itu.

Selain sistem EMALS, USS Gerald R.Ford juga menjadi kapal pengangkut pesawat Amerika yang menggunakan Dual-Band Radar, yang merupakan sistem radar yang lebih canggih berbanding sistem radar yang digunakan oleh kapal-kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz sebelum ini.

USS Normandy
Kapal cruiser USS Normandy, salah sebuah kapal pengiring USS Gerald R.Ford.

 

Bernilai US$13 billion (RM52 billion), USS Gerald Ford (CVN-78) adalah kapal pengangkut pesawat kelas Gerald Ford yang pertama daripada empat kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear baharu Tentera Laut Amerika Syarikat bagi menggantikan kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz yang sedang berkhidmat pada masa ini.

Kapal pengangkut pesawat kedua dalam kelas Gerald Ford iaitu USS John F-Kennedy (CVN-79) dijangka memasuki perkhidmatan tentera laut Amerika Syarikat seawalnya pada 2024 diikuti oleh USS Enterprise (CVN-80) pada 2028 dan USS Doris Miller (CVN-81) pada 2032.

 USS John F.Kennedy yang sedang dibina pada ketika ini dianggarkan bernilai US$11.4 bilion (RM45.6 bilion) manakala USS Enterprise pula menelan belanja US$12.3 billion(RM49.2 bilion) dan USS Doris Miller pula bakal mengakibatkan perbelanjaan sebanyak US$12.4 billion (RM49.6 bilion).  

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Walaupun ketiga-tiga kapal ini dijangka memasuki perkhidmatan pada 2024, 2028 dan 2032 tetapi kebiasaannya ia akan terlewat dua hingga tiga tahun disebabkan complexity ujian penerimaan yang perlu dilakukan.  

USS Gerald Ford merupakan lead-ship dalam kapal pengangkut pesawat kelas Gerald Ford yang mula dibina pada 2009 dan selepas 11 tahun dibina oleh kontraktor utamanya, Newport News Shipbuilding, kapal pengangkut pesawat yang dianggarkan seberat 100,000 tan telah ditauliahkan kepada tentera laut Amerika Syarikat pada Julai 2017.

Sedikit sebanyak informasi tentang saiz kapal pengangkut pesawat USS Gerald Ford ini – tinggi kapal ini adalah 134 kaki manakala panjangnya adalah 1,092 kaki serta boleh menempatkan lebih daripada 75 buah pesawat dan helikopter pelbagai jenis. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...