Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Insiden Tenggelamnya Kapal HTMS Sukhotai Suatu “Amaran” Pada TLDM

Awal Disember yang lalu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany sebagaimana dipetik oleh agensi BERNAMA berkata bahawa mengoperasikan aset-aset yang dikategorikan sebagai usang bukan sahaja menjejaskan tahap kesiapsiagaan serta kemampuan TLDM, tetapi juga membahayakan keselamatan anggotanya.

0 14,439

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Insiden tenggelamnya kapal korvet kelas-Ratanakosin Tentera Laut Thailand,HTMS Sukhotai yang berusia 36 tahun akibat cuaca buruk di Teluk Siam dua hari lepas merupakan suatu “amaran” kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang turut mengoperasikan kapal-kapal perang yang telah berusia atau telah usang.

Insiden malang itu berlaku ketika kapal perang berusia itu sedang melakukan rondaan di Teluk Siam.

Setakat ini, insiden telah mengorbankan enam anak kapal HTMS Sukhotai manakala 24 lagi masih hilang daripada lebih 100 anak kapalnya. 

HTMS Sukhotai merupakan salah satu daripada dua buah kapal korvet kelas-Ratanakosin yang dibina oleh syarikat,Tacoma Boatbuilding Company daripada Amerika Syarikat,

Kapal pertama daripada kelas itu, HTMS Ratanakosin (FS-441) telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Thailand pada 1986 manakala HTMS Sukhotai pula ditauliahkan setahun selepas itu,

TLDM
Antara kapal serang laju TLDM yang telah berusia.

 

Walaupun tiada bukti menunjukkan bahawa insiden yang menimpa  adalah berpunca daripada usia kapal itu yang sudah lanjut, tetapi ia turut menimbulkan persoalan sama ada kapal-kapal yang sudah berusia masih berkemampuan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik.

Awal Disember yang lalu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany sebagaimana dipetik oleh agensi BERNAMA berkata bahawa mengoperasikan aset-aset yang dikategorikan sebagai usang bukan sahaja menjejaskan tahap kesiapsiagaan serta kemampuan TLDM, tetapi juga membahayakan keselamatan anggotanya.

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini berdepan dengan cabaran mengoperasikan aset yang usang dan kekangan bajet pertahanan bukan sahaja menjejaskan kesiagaan serta kemampuannya, malah secara tidak langsung merisikokan keselamatan warga TLDM itu sendiri ketika melaksanakan penugasan yang diamanahkan,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemakaian Lencana Kepakaran Kapal Selam di Markas Pemerintahan Kapal Selam, Pangkalan TLDM Sepanggar, hari ini.

Pada April lepas, Panglima TLDM itu sendiri menyatakan bahawa kira-kira 61 peratus atau lebih daripada separuh aset-aset yang dimilikinya pada ketika ini beroperasi melebihi had umur asal rekabentuknya dan telah usang.

HTMS Sukhotai
HTMS Sukhotai sebelum ia tenggelam ke dasar Teluk Siam.

 

Panglima TLDM berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berperingkat daripada 1 peratus kepada 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Panglima Markas Pemerintahan Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali pula berkata TLDM diperakui kekurangan kemampuan, kekuatan dan aset-aset untuk menangani konflik maritim.

Ini disebabkan ada di antara kapal-kapalnya “sudah berusia” 40 tahun dan sudah di dalam keadaan yang usang.

Beliau menambah bahawa terdapat di antara aset-aset TLDM sudah terlalu berusia untuk berfungsi dengan baik.

Panglima Armada Barat TLDM Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Md Alis juga dilaporkan berkata bahawa 75 peratus daripada 44 buah kapal yang dimiliki oleh TLDM ketika ini dikategorikan sebagai sudah “berusia” dengan ada di antaranya telah berkhidmat selama diantara 40 hingga 50 tahun.

TLDM amat memerlukan kapal-kapal yang baru untuk menggantikan kapal-kapal yang telah berusia itu.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

“Sebagai contoh, kapal peronda laju (Fast Attack Craft) yang beroperasi di Pangkalan TLDM Kuantan, semuanya sudah mencecah usia 50 tahun. Dalam erti kata (kapal-kapal) TLDM sudah lebih usianya,” katanya sebagaimana dipetik oleh media tempatan baru-baru ini.

Kegagalan memperolehi kapal-kapal baru untuk menggantikan kapal-kapal yang berusia atau (asset recapitalisation) memaksa TLDM melakukan proses “kitar semula” atau memanjangkan hayat kapal-kapal yang berusia itu.

Abu Bakar berkata, usaha “kitar semula” itu terpaksa dilakukan kerana tempoh operasi tinggi yang terpaksa dilalui oleh kapal-kapal TLDM. — DSA

 

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...