Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Kapal Korvet Thailand Tenggelam, 31 Anak Kapal Masih Hilang

Kapal korvet kelas-Ratanakosin "HTMS Ratanakosin" (FS-442) yang dibina di Amerika Syarikat itu tenggelam selepas kehilangan kuasa dan dinaiki air akibat ombak besar ketika berada kira-kira 20 batu daripada pelabuhan Bang Saphan, Prachaup Khiri Khan di tengah Thailand.

0 6,382

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Sebuah kapal korvet Tentera Laut Diraja Thai “HTMS Sukhotai” (FS-442) telah tenggelam di Teluk Siam kira-kira 11.30 malam (waktu tempatan) akibat cuaca buruk dan ombak besar semalam, mengakibatkan 31 daripada 106 anak kapalnya dikategorikan sebagai masih hilang.

Pihak Tentera Laut Diraja Thailand telah mengerahkan helikopter dan pesawat untuk mencari anak-anak kapal yang masih hilang itu, yang dipercayai masih terapung di permukaan laut memakai jaket keselamatan. 

Kapal korvet kelas-Ratanakosin berusia 36 tahun itu dibina di Amerika Syarikat tenggelam selepas kehilangan kuasa dan dinaiki air akibat ombak besar ketika berada kira-kira 20 batu daripada pelabuhan Bang Saphan, Prachuap Khiri Khan di tengah Thailand.

Ketika kejadian kapal perang terbabit sedang melakukan rondaan.

Menurut kenyataan Tentera Laut Diraja Thailand, ombak besar telah menyebabkan air memasuki kapal dan menyebabkannya kehilangan kuasa serta menyebabkan kapal itu senget.

Tentera Laut Diraja Thailand mengerah dua buah kapal friget, HTMS Bhumibol Adulyadej (FFG-471) dan HTMS Kraburi (FFG-457) serta landing platform dock HTMS Angthong (LPD-791) untuk membantu kapal HTMS Sukhothai yang sedang berada dalam keadaan kecemasan.

Bagaimana hanya kapal HTMS Kraburi yang berkemampuan menghampiri lokasi kejadian sebelum kapal korvet kelas-Ratanakosin itu tenggelam.

Tentera Laut Diraja Thailand turut mengerahkan dua buah helikopter milik ke lokasi kejadian.

Sukhotai

HTMS Sukhotai merupakan salah satu daripada dua buah kapal korvet kelas-Ratanakosin yang dibina oleh syarikat,Tacoma Boatbuilding Company daripada Amerika Syarikat,

Kapal pertama daripada kelas itu, HTMS Ratanakosin (FS-441) telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Thailand pada 1986 manakala HTMS Sukhotai pula ditauliahkan setahun selepas itu,

Tentera Laut Diraja Thailand memiliki enam buah kapal korvet yang dibina oleh United Kingdom, Amerika Syarikat dan syarikat tempatan.

Sukhotai

Tentera Laut Diraja Thailand juga memperolehi dua buah kapal selam S26T kelas-Yuan yang diperbuat oleh China, dengan kapal selam pertama dijangka diserahkan kepada negara Asia Tenggara itu pada tahun 2024.

Bagaimanapun, terdapat pertikaian mengenai enjin yang bakal digunakan oleh kapal selam itu.

Mengikut kontrak yang ditandatangani oleh kedua-dua negara, Thailand menghendaki kapal-kapal selam itu menggunakan enjin buatan Jerman tetapi China gagal berbuat demikian kerana Beijing berada di dalam sekatan ekonomi melibatkan peralatan dan sistem pertahanan yang dikeluarkan oleh negara-negara Kesatuan Eropah.

China menawarkan untuk melengkapkan kapal-kapal selam itu dengan enjin buatan tempatan tetapi ditolak oleh Thailand yang mendakwa bahawa enjin itu masih belum teruji keberkesanannya.

Kedua-dua negara masih meneruskan rundingan pada masa ini tanpa mencapai sebarang penyelesaian. — DSA 

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

 

Comments
Loading...