Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kizilelma”, Pesawat Pejuang Tanpa Pemandu Pertama Turki

"Bayraktar Kizilelma" menjadi pesawat pejuang tanpa pemandu pertama bagi Turkiye, menggunakan jet enjin tunggal (single engine jet), low-observerable, berkelajuan supersonik/subsonik serta boleh berlepas dan mendarat daripada kapal pengangkut pesawat.

0 3,543

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang tanpa pemandu pertama Turkiye yang diberi nama “Bayraktar Kizilelma” telah berjaya menjalani ujian integrasi enjin, bagi membolehkan ia menepati jadual penerbangan sulungnya yang dijangkakan pada tahun depan.

“Kizilelma” dibangunkan oleh syarikat, Baykar yang juga bertanggungjawab membangunkan pesawat-pesawat tanpa pemandu seperti “Bayraktar TB2” dan “Akinci.

Ia akan menjadi pesawat pejuang tanpa pemandu pertama bagi Turkiye, menggunakan enjin jet tunggal (single engine jet), low-observerable, berkelajuan supersonik/subsonik serta boleh berlepas dan mendarat daripada kapal pengangkut pesawat.

Kizilelma

“Kizilelma” dibangunkan di bawah program MIUS atau “Sistem Pesawat Kombat Tanpa Pemandu.”

Ia akan menggunakan enjin daripada Ukraine selepas syarikat Baykar menandatangani perjanjian persefahaman dengan syarikat pembuat enjin daripada Ukraine, Ivchenko-Progress pada tahun lepas.

Selain itu ia juga boleh menggunakan enjin yang dihasilkan sendiri syarikat tempatan, Tusas Engine Industries (TEI).

Pesawat pejuang tanpa pemandu Turki itu direkabentuk untuk beroperasi sama ada secara subsonic atau supersonik, memiliki air frame yang rendah radar cross section (RCS) dan dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array).

Dengan berat maximum ketika berlepas pada 6,000kg, “Kizilelma” boleh berada di udara selama lebih lima jam pada ketinggian lebih 10,000 meter dan terbang pada kelajuan 900km satu jam.

Berkemampuan membawa muatan sehingga seberat 1.5 tan, pesawat pejuang tanpa pemandu masa depan Turki itu direkabentuk bagi membolehkan ia terbang dan mendarat daripada kapal Amphibious Assault Ship Tentera Laut Turkiye yang pertama “TCG Anadolu” yang sedang menjalani ujian di laut pada ketika ini.

Dengan berat lebih 27,000 tan, kapal TCG Anadolu merupakan kapal terbesar Tentera Laut Turki dijangka beroperasi pada akhir tahun ini.

Kizilelma” adalah masa depan peperangan udara bagi Turkiye di mana ia kian bergantung kepada pesawat-pesawat tanpa pemandu untuk melaksanakan misi-misi peperangan dan operasi udara.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ia akan menggantikan pesawat pejuang F-35 yang sepatutnya beroperasi di atas “TCG Anadolu”, sebelum Turkiye dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima itu kerana Ankara berdegil untuk memperolehi sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia.

Pesawat pejuang tanpa pemandu Turkiye itu berkemampuan membawa kesemua jenis bom dan peluru berpandu yang dihasilkan oleh firma-firma pertahanan negara Mediterranean itu, mengukuhkan lagi hasratnya untuk tidak bergantung dengan mana-mana negara daripada segi sistem persenjataan. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...