Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Sambut Baik Komitmen Perancis Selesaikan Pembinaan Kapal LCS

“Sebagai end user, sebarang usaha yang membolehkan TLDM memiliki dan memanfaatkan aset ini dengan kadar segera amat disokong. Ia sememangnya penting bagi memperkukuh ketumbukan armada negara bersesuaian dengan Pelan Transformasi TLDM 15 to 5.”

0 4,746

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyambut baik komitmen bertulis kerajaan Perancis untuk membantu Kementerian Pertahanan Malaysia dalam menyelesaikan pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tertangguh selama 43 bulan.

Menurut TLDM, komitmen Kerajaan Perancis itu merupakan satu perkembangan yang signifikan dalam usaha menerus dan menyiapkan projek pembinaan kapal-kapal LCS.

Sebagai pengguna akhir kepada kapal-kapal perang termoden negara itu, usaha menyiapkan pembinaan kapal itu amat disokong.

LCS

“Sebagai end user, sebarang usaha yang membolehkan TLDM memiliki dan memanfaatkan aset ini dengan kadar segera amat disokong. Ia sememangnya penting bagi memperkukuh ketumbukan armada negara bersesuaian dengan Pelan Transformasi TLDM 15 to 5.”

“Fasa mobilisasi dalam tempoh enam (6) bulan ini merupakan fasa yang sangat mustahak dan memerlukan kerjasama serta komitmen sepenuhnya daripada semua pemegang taruh termasuk TLDM sendiri,” TLDM di dalam satu kenyataan.

Pada 2 Sept lalu, wakil kerajaan Perancis telah menyerah surat komitmen kepada Menteri Pertahanan untuk membantu kerajaan Malaysia dalam menyiapkan pembinaan enam buah kapal LCS itu.

Di dalam posting video oleh akaun media sosial Menteri Pertahanan, wakil kerajaan Perancis itu antara lain menyatakan: “We are looking forward to helping as much as we can. We will be working on LCS project and another project.”

Manakala Menteri Pertahanan pula dalam video itu pula berkata: “I really appreciate you coming over and the letter that I have received. Lets move forward.”

Hishammuddin berkata, pertemuan bersama pihak Kerajaan Perancis hari ini (semalam) memberi tumpuan terhadap komitmen antara kerajaan kedua-dua negara berhubung perolehan kapal LCS.

LMS
Tiga daripada empat kapal LMS Batch 1 milik TLDM yang dibina oleh syarikat China, CSOC.

 

“Seperkara yang cukup penting, kerajaan Perancis sendiri telah menyatakan bahawa meneruskan dan menyiapkan LCS merupakan keutamaan tertinggi Kerajaan Perancis.

“Ini merupakan perkembangan yang mustahak terutama di fasa mobilisasi enam bulan seperti diputuskan Jemaah Menteri April lalu.”

“Malah komitmen Kerajaan Perancis ini juga selari dengan syor beberapa pihak terutamanya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta keputusan Jemaah Menteri supaya projek LCS diteruskan demi kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia,” kata Hishammuddin.

Pada April lepas, Perancis menerusi dutanya ke Malaysia telah menyatakan komitmen negara itu untuk meneruskan projek pembinaan enam buah kapal LCS milik TLDM berdasarkan kepada perjanjian asal, walaupun projek bernilai RM9 bilion itu berhadapan kelewatan  selama 43 bulan.

Duta Perancis ke Malaysia Roland Galharague berkata, penglibatan dua syarikat di dalam projek pembinaan kapal perang itu, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan Naval Group (dahulu DCNS) daripada Perancis perlu dikekalkan.

Beliau menaruh keyakinan yang tinggi bahawa projek pembinaan enam buah kapal perang termoden TLDM bernilai RM9.128 bilion itu akan dapat disiapkan tanpa sebarang masalah sebaik sahaja diteruskan semula.

LCS

Sementara, TLDM menerusi kenyataannya juga berkata, menghargai dan mengalu-alukan perancangan Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan perolehan kapal Littoral Mission Ship (LMS) batch kedua dengan persenjataan yang lebih lengkap dan berkemampuan tinggi. Ini merupakan keperluan kritikal operasi TLDM. 

Bercakap kepada agensi berita nasional, BERNAMA pada pameran DSA 2022 dan NATSEC, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata peruntukan untuk perolehan untuk kapal-kapal LMS Batch II itu sedang diusahakan TLDM dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Setakat ini, di peringkat TLDM kami telah buka kertas cadangan (proposal) kepada beberapa negara antaranya China, Belanda dan Turki dan kami telah menyenarai pendek beberapa cadangan.

“Apabila TLDM telah dapat bajet barulah kami akan memilih syarikat mana yang berjaya membina LMS berkenaan,” katanya.

Mohd Reza berkata perolehan kelompok kedua LMS dirancang bagi menggantikan aset-aset TLDM sedia ada yang telah usang.

LMS
Rekabentuk kapal korvet “Ada” yang ditawarkan oleh syarikat STM dari Turki untuk program perolehan kapal LMS Batch 2 TLDM.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Mohd Reza berkata, kemampuan kapal-kapal LMS Batch Kedua itu adalah berbeza jika dibandingkan dengan kapal-kapal LMS Batch Pertama yang telah pun beroperasi di perairan Malaysia Timur.

Antara ciri-ciri perbezaan itu adalah – kapal-kapal LMS Batch Kedua akan lebih berkeupayaan termasuk memiliki peluru berpandu anti-kapal Naval Strike Missile (NSM) serta peluru berpandu udara-ke-udara dan berkemampuan untuk melaksanakan misi-misi kombat.

“Ia akan mempunyai kemampuan anti-permukaan and pertahanan udara. Oleh itu kapal-kapal (LMS Batch Kedua) akan dilengkapkan dengan 3D main surveillance radar, fire control radar dan pelbagai sistem penderia (sensor) yang lain,” kata beliau.

Panglima TLDM itu berkata kapal-kapal itu akan memiliki panjang di antara 85 hingga 100 meter dengan kelajuan 25 knot dan kelengkapan untuk mengoperasikan Helikopter Operasi Maritim (HOM). — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...