Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Secara Rahsia Letak “Sekatan Teknikal” Pada Dron Buatannya

Dalam pendedahan menggemparkan, syarikat pembuat dron Turki mendakwa Beijing meletakkan "sekatan teknikal" secara rahsia terhadap dron-dron buatannya bagi mengelak ia mengancam keselamatan China.

0 2,999

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Dalam temuramah dengan media asing baru-baru ini, ketua pegawai eksekutif Baykar Technology, Haluk Bayraktar telah membuat pendedahan yang mengemparkan dengan mendakwa bahawa China telah meletakkan “sekatan teknikal” terhadap dron-dron buatannya.

Syarikat Baykar Technology daripada Turki, merupakan pihak yang bertanggungjawab membangunkan dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) “Bayraktar TB2” dan dron High Altitude Long Endurance (HALE) “Akinci”.

Dalam pendedahan yang kini tersebar di seluruh dunia, Haluk berkata beliau diberitahu oleh operator-operator dron buatan China bahawa Beijing telah meletakkan “sekatan teknikal” pada dron-dron buatannya yang membuatkan dron itu “berpatah-balik” sekiranya ia menghampiri sempadan negara Komunis itu.

UAS-MALE
Dron Wing Loong” 

 

Haluk berkata China telah meletakkan “sekatan teknikal” itu secara rahsia untuk mengelakkan negara-negara pengguna dron buatannya daripada mengetahuinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Baykar Technology itu berkata apa yang dilakukan oleh China dalam isu “sekatan teknikal” terhadap dron-dron buatannya itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Dakwaan oleh Haluk tentang dron-dron buatan China itu bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini terdapat juga dakwaan bahawa Beijing enggan menjual dron-dronnya kepada negara-negara tertentu berhampiran dengannya di atas alasan keselamatan yang tidak didedahkan.

Beliau juga mengkritik kemampuan dron-dron buatan China yang banyak dieksport ke negara-negara di Timur Tengah dan mendakwa bahawa negara-negara terbabit kini bertukar kepada dron buatan Turki selepas dron buatan China itu berhadapan dengan masalah berkaitan teknikal dan keupayaan.

Turki katanya, telah berjaya mengatasi China dalam eksport dron-dron tentera ke negara-negara di Timur Tengah.

Bayraktar TB2
Pesawat tanpa pemandu “Bayraktar TB2”

 

Sementara itu seorang penganalisis pertahanan, Amelia Smith ketika ditanya oleh portal pertahanan “Eurasian Times” mengakui bahawa China sememangnya berkemampuan meletakkan”sekatan teknikal” terhadap dron-dron buatan negara itu.

“Sejak dron-dron itu perlu mengetahui tentang kedudukannya sekira ia terputus hubungan dengan stesen daratnya, maka fungsi yang sama juga boleh memaksa dron itu untuk berpatah-balik dan terbang ke arah bertentangan sekiranya ia berada dalam kedudukan tertentu berhampiran atau melintasi sempadan China, ” kata beliau.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Seorang lagi penganalisis pula berkata bahawa syarikat pembuat dron komersial terkenal China iaitu DJI telah mengemaskini software dron itu bagi memastikan ia tidak boleh terbang di Syria dan Iraq ketika negara-negara itu dilanda konflik.

DJI katanya, dalam konflik di Ukraine, syarikat China terbabit telah menawarkan untuk meletak “geofencing” untuk mengelak dron-dron buatannya daripada terbang di Ukraine tanpa mengira identiti operatornya. – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

 

 

 

Comments
Loading...