Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

K’jaan Perancis Serah Komitmen Bertulis Bantu Malaysia Siapkan Kapal LCS

Dalam posting menerusi media sosial Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein semalam, beliau menyertakan rakaman video penerimaan surat yang menyatakan komitmen bertulis itu daripada wakil kerajaan Perancis yang tidak dinyatakan identitinya.

0 2,340

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kerajaan Perancis telah memberikan komitmen secara bertulis untuk membantu Kementerian Pertahanan Malaysia dalam menyelesaikan pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tertangguh selama 43 bulan.

Dalam posting menerusi media sosial Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein semalam, beliau menyertakan rakaman video penerimaan surat yang menyatakan komitmen bertulis itu daripada wakil kerajaan Perancis yang tidak dinyatakan identitinya.

Di dalam video itu, wakil kerajaan Perancis itu antara lain menyatakan: “We are looking forward to helping as much as we can. We will be working on LCS project and another project.”

Manakala Menteri Pertahanan pula dalam video itu pula berkata: “I really appreciate you coming over and the letter that I have received. Lets move forward.”

Di dalam posting media sosial, Hishammuddin berkata, pertemuan bersama pihak Kerajaan Perancis hari ini (semalam) memberi tumpuan terhadap komitmen antara kerajaan kedua-dua negara berhubung perolehan kapal Littoral Combat Ship.

“Seperkara yang cukup penting, kerajaan Perancis sendiri telah menyatakan bahawa meneruskan dan menyiapkan LCS merupakan keutamaan tertinggi Kerajaan Perancis.

“Ini merupakan perkembangan yang mustahak terutama di fasa mobilisasi enam bulan seperti diputuskan Jemaah Menteri April lalu.”

“Malah komitmen Kerajaan Perancis ini juga selari dengan syor beberapa pihak terutamanya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta keputusan Jemaah Menteri supaya projek LCS diteruskan demi kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia,” kata Hishammuddin.

LCS

Pada April lepas, Perancis menerusi dutanya ke Malaysia telah menyatakan komitmen negara itu untuk meneruskan projek pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berdasarkan kepada perjanjian asal, walaupun projek bernilai RM9 bilion itu berhadapan kelewatan  selama 43 bulan.

Duta Perancis ke Malaysia Roland Galharague berkata, penglibatan dua syarikat di dalam projek pembinaan kapal perang itu, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan Naval Group (dahulu DCNS) daripada Perancis perlu dikekalkan.

Beliau menaruh keyakinan yang tinggi bahawa projek pembinaan enam buah kapal perang termoden TLDM bernilai RM9.128 bilion itu akan dapat disiapkan tanpa sebarang masalah sebaik sahaja diteruskan semula.

“Apa yang saya boleh beri­tahu, projek ini akan diteruskan sehingga tamat dengan pengli­batan Perancis walaupun penyer­taan syarikat kami hanyalah kecil.

“Kami mahu siapkan projek.Tambahan pula ia ada adalah kerjasama Malaysia menerusi syarikat BNS dengan penglibatan secara kecil daripada syarikat Perancis, Naval Group. Kedua-dua syarikat akan terlibat dan itu adalah perjanjiannya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

LCS
Anggota media dibawa melawat limbungan kapal milik BNS di Lumut hari ini untuk melihat dengan lebih dekat pembinaan kapal-kapal Littoral Combat Ship. (kredit Abam Hensem)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Kontraktor utama kepada projek pembinaan kapal perang termoden dalam armada TLDM itu adalah Boustead Naval Shipyard (BNS) yang memiliki limbungan kapalnya sendiri di Lumut, berhampiran dengan Pangkalan TLDM Lumut.

BNS dengan Naval Group (dahulu dikenali sebagai DCNS) dipertanggungjawabkan untuk merekabentuk kapal LCS mengikut rekabentuk korvet Gowind 2500 sebagaimana dimiliki oleh Tentera Laut Mesir  tetapi diubahsuai supaya kapal-kapal Gowind kelas-Maharaja Lela TLDM lebih besar dengan beratnya (full load) mencecah 3,100 tan dan dikategorikan sebagai sebuah kapal friget.

Selepas kontrak pembinaan ditandatangani pada Januari 2014, kapal pertama LCS dijangka diserahkan kepada TLDM pada April 2019 dan diikuti dengan lima kapal yang lain. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

Comments
Loading...