TLDM Sambut Baik Komitmen Perancis Selesaikan Pembinaan Kapal LCS
“Sebagai end user, sebarang usaha yang membolehkan TLDM memiliki dan memanfaatkan aset ini dengan kadar segera amat disokong. Ia sememangnya penting bagi memperkukuh ketumbukan armada negara bersesuaian dengan Pelan Transformasi TLDM 15 to 5.”
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyambut baik komitmen bertulis kerajaan Perancis untuk membantu Kementerian Pertahanan Malaysia dalam menyelesaikan pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tertangguh selama 43 bulan.
Menurut TLDM, komitmen Kerajaan Perancis itu merupakan satu perkembangan yang signifikan dalam usaha menerus dan menyiapkan projek pembinaan kapal-kapal LCS.
Sebagai pengguna akhir kepada kapal-kapal perang termoden negara itu, usaha menyiapkan pembinaan kapal itu amat disokong.
“Sebagai end user, sebarang usaha yang membolehkan TLDM memiliki dan memanfaatkan aset ini dengan kadar segera amat disokong. Ia sememangnya penting bagi memperkukuh ketumbukan armada negara bersesuaian dengan Pelan Transformasi TLDM 15 to 5.”
“Fasa mobilisasi dalam tempoh enam (6) bulan ini merupakan fasa yang sangat mustahak dan memerlukan kerjasama serta komitmen sepenuhnya daripada semua pemegang taruh termasuk TLDM sendiri,” TLDM di dalam satu kenyataan.
Pada 2 Sept lalu, wakil kerajaan Perancis telah menyerah surat komitmen kepada Menteri Pertahanan untuk membantu kerajaan Malaysia dalam menyiapkan pembinaan enam buah kapal LCS itu.
Di dalam posting video oleh akaun media sosial Menteri Pertahanan, wakil kerajaan Perancis itu antara lain menyatakan: “We are looking forward to helping as much as we can. We will be working on LCS project and another project.”
Manakala Menteri Pertahanan pula dalam video itu pula berkata: “I really appreciate you coming over and the letter that I have received. Lets move forward.”
Hishammuddin berkata, pertemuan bersama pihak Kerajaan Perancis hari ini (semalam) memberi tumpuan terhadap komitmen antara kerajaan kedua-dua negara berhubung perolehan kapal LCS.

“Seperkara yang cukup penting, kerajaan Perancis sendiri telah menyatakan bahawa meneruskan dan menyiapkan LCS merupakan keutamaan tertinggi Kerajaan Perancis.
Comments are closed.