Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Terima Empat Buah Fast Interceptor Craft G2000 MKII Dari Gading Marine

FIC G2000 Mk II sepanjang 18 meter dilengkapi dengan Remote Control Weapon Station (RCWS) Escribano yang membolehkan penembakan senjata jenis CANiK M2 Quick Change Barrel (QCB) 12.7mm Heavy Machine Gun (HMG) secara automatik.

2,742

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebanyak empat buah Fast Interceptor Craft (FIC) G2000 Mk II fasa pertama telah diterima oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada  Gading Marine Industry Sdn Bhd di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu hari ini.

Projek perolehan fasa pertama ini telah dibina sepenuhnya di Sitiawan, Perak dan berjaya disiapkan dalam tempoh 16 bulan.

Manakala, keseluruhan perolehan adalah sebanyak 13 buah FIC G2000 Mk II yang melibatkan 3 fasa akan dilaksanakan secara berperingkat.

FIC G2000 Mk II sepanjang 18 meter dilengkapi dengan Remote Control Weapon Station (RCWS) Escribano yang membolehkan penembakan senjata jenis CANiK M2 Quick Change Barrel (QCB) 12.7mm Heavy Machine Gun (HMG) secara automatik.

Ianya juga berkemampuan untuk mencapai kelajuan sehingga 52 knot.

TLDM
(kredit TLDM)

 

Keempat-empat aset ini akan ditempatkan di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), Sandakan bagi memperkasa tahap keselamatan maritim terutama di perairan Sabah Timur selain bertindak sebagai aset pelengkap atau force multiplier kepada TLDM.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan penyerahan itu hari ini antara Pengarah Urusan Gading Marine Industry (M) Sdn Bhd Datuk Jamalolail Mohd Yatim dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Menurut Abdul Rahman, FIC akan digunakan bagi menyokong operasi menangani ancaman bukan tradisonal dan asimetrik dengan lebih efektif.

“Ancaman bukan tradisonal seperti jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pemerdagangan manusia, rompakan di laut dan pelanunan membayangi keselamatan perairan negara.

 “FIC ini direka khas dengan ciri kecekapan, kelajuan dan ketepatan bagi membolehkan TLDM bertindak dengan pantas dalam mencegah aktiviti sebegini berlaku di dalam perairan negara kita,” katanya.

TLDM
(kredit TLDM)
TLDM
(kredit TLDM)

 

Beliau berkata kejayaan syarikat tempatan Gading Marine Industry membina dan menyerahkan bot tempur itu membuktikan bahawa industri pertahanan tempatan khususnya sektor maritim mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk lebih maju serta berdaya saing.

Pada Februari 2021, TLDM telah menerima enam FIC G2000 Mk I yang turut dibina syarikat sama, berbanding FIC terdahulu, FIC G2000 Mk II dilengkapi dengan Remote Control Weapon Station (RCWS) Escribano.

FIC G2000 Mk II dilengkapi dengan enjin lebih berkuasa dan berkemampuan untuk mencapai kelajuan hingga 52 knot, selain susun atur dalaman ditambah baik bagi memberikan lebih keselesaan kepada kru ketika melaksanakan operasi.

Dua bot tempur FIC G2000 Mk II yang diserahkan hari ini akan ditempatkan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, manakala dua lagi di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), Sandakan. — DSA

To contact email: [email protected] 

Comments are closed.