Tentera Laut Thailand Pilih Dron Israel, Hermes 900
Dron Hermes 900 buatan Israel itu akan digunakan oleh Tentera Laut Thailand bagi tugas-tugas pemantauan dan pengintipan di kawasan pesisiran pantai negara itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Thailand dikatakan menjadi negara ketiga di rantau Asia Tenggara selepas Singapura dan Filipina untuk menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) “Hermes 900” buatan syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems.
Dron Hermes 900 buatan Israel itu akan digunakan oleh Tentera Laut Thailand bagi tugas-tugas pemantauan dan pengintipan di kawasan pesisiran pantai negara itu.
Laporan media pertahanan antarabangsa mengatakan pemilihan dron Hermes 900 yang dikategorikan sebagai dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) oleh Tentera Laut Thailand itu dilakukan selepas melalui proses tender terbuka antarabangsa.
Hermes 900 dipilih selepas bersaing dengan MQ-9 Reaper yang dibangunkan oleh General Atomics, Heron oleh Israel Aerospace Industries dan Wing Loong 2 daripada China.
Thailand dikatakan bakal membelanjakan US$120 juta (RM480 juta) untuk memperolehi tujuh buah unit dron Hermes 900 itu, dua buah mobile ground station dan sebuah indoor ground station.
Dron Hermes 900 itu juga boleh dilengkapi dengan sistem persenjataan.
Perolehan dron Hermes 900 oleh Thailand itu menambah koleksi sistem pesawat tanpa pemandu yang digunakan oleh tentera Thailand pada ketika ini.

Pada ketika ini, tentera negara jiran Malaysia itu telah pun menggunakan dron Orbiter 3B, Camcopter S-100 dan RQ-21 Black Jack.
Dron Hermes 900 yang dilengkapi dengan muatan seberat 300kg untuk membawa pelbagai peralatan elektronik dan penderia (sensor) boleh berada di udara selama 36 jam tanpa henti dan terbang pada ketinggian 30,000 kaki.
Antara muatan yang boleh dibawa oleh Hermes 900 itu termasuklah electro-optical/infrared sensors, synthetic-aperture radar/ground-moving target indication, communications dan electronic intelligence, electronic warfare dan hyperspectral sensors.[5]
Comments are closed.