Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu Kruis “Matador” ASTROS 2020, Pilihan Kepada Tentera Darat?

Sistem ASTROS II yang dibangunkan oleh firma AVIBRAS daripada Brazil ini berkemampuan melancarkan roket pelbagai kaliber dengan jarak daripada 30km kepada 90km sebagaimana yang berada di dalam simpanan Tentera Darat.

0 3,446

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di rantau Asia Tenggara, hanya Malaysia dan Indonesia menggunakan sistem pelancar roket berganda buatan firma Avibras daripada Brazil dipanggil “ASTROS II” (Artillery Saturation Rocket System) II.

Bagi tentera darat Singapura pula, mereka menggunakan M142 High Mobility Artillery Rocket System (HIMARS) buatan Amerika Syarikat yang boleh melancarkan roket pelbagai kaliber sehingga ke jarak maksimum iaitu 300km menerusi MGM-140 Army Tactical Missile System (ATACMS).

Sistem ASTROS II milik Tentera Darat Malaysia dikendalikan oleh Markas Briged Roket.

ASTROS II

Mengimbas kembali sistem ASTROS II ini, ia telah ditauliahkan dalam Rejimen Artileri Diraja sejak tahun 2002 dengan 18 pelancar sebelum negara menambah pembelian sistem roket berganda buatan firma Brazil dengan 18 buah lagi pelancar.

Keseluruhannya, pada ketika ini tentera darat memiliki 36 pelancar ASTROS II (setakat yang kita tahu.)

Sistem ASTROS II ini berkemampuan melancarkan roket pelbagai kaliber dengan jarak daripada 30km kepada 90km sebagaimana yang berada di dalam simpanan Tentera Darat.

Memandangkan sistem ASTROS II itu dibangunkan oleh firma Brazil maka pengguna pertama sistem roket berganda itu sudah semestinya adalah tentera darat negara Amerika Selatan itu yang mula menggunakan sistem roket itu pada 1983.

ASTROS II

Kini sistem roket berganda ASTRO II itu telah dieksport ke merata dunia kerana ia merupakan sistem battle-proven selepas ia digunakan oleh tentera darat Iraq ketika meletusnya Perang Teluk suatu ketika dahulu.

Sistem ASTROS II ini adalah berdasarkan kepada kenderaan Tectran VBT-2028 6×6 yang menggunakan chasis Mercedes-Benz 2028.

Selepas berjaya mengeksport sistem ASTRO II ke serata dunia termasuk Malaysia dan Indonesia, firma daripada Brazil itu memulakan program peningkatan keupayaan sistem ASTROS II bagi menjadikannya lebih berbahaya.

Dipanggil ASTROS 2020 atau MK6, sistem akan diintergrasikan dengan peluru berpandu kruis “AVMT-300” yang mampu membedil sasaran sejauh 300km, sama seperti  MGM-140 Army Tactical Missile System (ATACMS) yang dilancarkan oleh HIMARS yang dibangunkan oleh firma Lockheed, Amerika Syarikat.

ASTROS II
Peluru berpandu kruis “Matador” ASTROS 2020.

 

Selain diintergrasikan dengan peluru berpandu kruis, sistem ASTROS 2020 juga akan dilengkapi dengan roket-roket yang baru dibangunkan termasuk SS-AV-40G yang merupakan roket berkaliber 180mm dipandu dengan sistem Global Positioning System (GPS).

Roket SS-AV-40G ini mampu membedil sasaran sejauh 40km.

Selain itu, sistem ASTROS 2020 itu juga akan dilengkapi dengan roket baru dipanggil SS-150 yang mampu membedil sasaran sejauh 150km.

Peluru berpandu kruis “AVMT-300” juga digelar “Matador” dikatakan adalah alternatif murah kepada peluru berpandu Tomahawk.

 

ASTROS II
Sistem HIMARS Tentera Darat Singapura

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Matador” dilengkapi dengan sistem computer yang digabungkan dengan giroskop laser yang dijaring dengan dengan alat navigasi GPS bagi membolehkan peluru berpandu kruis itu dibekalkan dengan maklumat tepat tentang koordinat dan kedudukan sasaran.

Peluru berpandu kruis yang dilancarkan daripada kenderaan pelancar ASTROS 2020 itu dilengkapi dengan kepala peledak seberat 200kg atau peluru cluster.

Setiap “Matador” mampu membawa 64 buah submunitions yang operasi anti-personnel atau anti-kereta kebal. — DSA

 

Comments
Loading...