Thailand Jadi Hos Pada Pesawat Pejuang China Dalam Latihan Bersama
Thailand diketahui umum merupakan antara sekutu paling lama Amerika Syarikat di Asia Tenggara, tetapi rampasan kuasa tentera pada 2014 menyaksikan hubungan diplomatik serta ekonomi di antara Bangkok dan Beijing menjadi semakin erat.
Jom folo Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika Malaysia dan Indonesia menjadi hos kepada tentera India serta Amerika Syarikat dalam latihan tentera bersama, “Udara Shakti” dan “Garuda Strike”, Thailand pula menjadi lokasi kepada latihan bersama dengan tentera udara China.
Bermula daripada esok, pesawat-pesawat pejuang Thailand dan China akan terlibat dalam latihan udara bersama dipanggil “Falcon Strike” yang berlangsung di Pangkalan Udara Udon Thani yang terletak berhampiran sempadan Thailand dengan Laos.
Pangkalan Udara Udon Thani itu merupakan bekas pangkalan udara tentera Amerika Syarikat ketika Perang Vietnam dahulu.
Latihan yang bakal menghimpunkan pesawat-pesawat pejuang seperti JAS-39 Gripen, pesawat pejuang tingan Alpha Jet dan pesawat amaran awal Erieye daripada Tentera Udara Thailand manakala Tentera Udara China pula menghantar pesawat pejuang J-10C, J-7B dan pesawat amaran awal yang tidak diketahui jenis.
Menurut Kementerian Pertahanan China di dalam laman webnya, latihan bersama itu termasuk serangan terhadap sasaran darat dan penghantaran anggota tentera dalam skala besar serta kecil.
Kali terakhir latihan “Falcon Strike” di antara Tentera Udara Thailand dan China itu diadakan pada 2019, sebelum ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.
Latihan bersama itu diadakan setiap tahun.
Thailand diketahui umum merupakan antara sekutu paling lama Amerika Syarikat di Asia Tenggara, tetapi rampasan kuasa tentera pada 2014 menyaksikan hubungan diplomatik serta ekonomi di antara Bangkok dan Beijing menjadi semakin erat.
Angkatan Tentera Thailand merupakan pelanggan utama sistem persenjataan buatan Amerika Syarikat, tetapi sejak jeneral-jeneral tentera mengambilalih kuasa negara Asia Tenggara itu mula membeli sistem-sistem persenjataan buatan China daripada kapal-kapal perang, kereta perisai, kereta kebal, sistem pertahanan udara dan lain-lain lagi.
Walaupun begitu, Bangkok turut memohon kepada Amerika Syarikat untuk mendapatkan pesawat pejuang F-35 Lightning.
Dalam latihan Falcon Strike yang berlangsung pada 2015, terdapat laporan mengatakan pesawat-pesawat pejuang China telah “ditewaskan” dengan teruk oleh pesawat-pesawat pejuang buatan Barat Thailand dalam pertempuran udara (dog fight) terutama dalam aspek “Beyond Visual Range”.
Di dalam latihan Falcon Strike pada 2015 itu, Tentera Udara Thailand telah mengetengahkan pesawat pejuang buatan Sweden, Saab JAS-39C/D Gripen manakala China pula membawa pesawat pejuang Shenyang J-11, pesawat yang asalnya adalah Su-27 Flanker buatan Russia dan dibina oleh China secara “under license”.
Tentera udara Thailand menggunakan 12 buah pesawat Gripen yang dibelinya daripada syarikat Saab Group pada tahun 2008, dengan kesemua pesawat itu berpengkalan di Pangkalan Udara Surat Thani.
Selama tujuh hari pada penghujung bulan November tahun berkenaan, pesawat-pesawat Gripen Thailand dan J-11 China mengadakan simulasi pertempuran udara, melibatkan pertempuran udara jarak dekat (within visual range – WVR) dan jarak jauh (beyond visual range -BVR).
Seorang seorang pegawai tentera udara China dikenali dengan nama , “Li Zhonghua” dilaporkan telah mendedahkan hasil latihan Falcon Strike ketika menyampaikan penerangan di Northwestern Polytechnical University di China pada 2019.
Beliau yang mendakwa dirinya seorang juruterbang yang turut terlibat dalam latihan di Korat pada 2015 itu telah menerangkan lebih lanjut hasil latihan itu.
Sebagaimana dilaporkan oleh beberapa portal pertahanan antarabangsa, apa yang mengejutkan pakar-pakar pertahanan adalah bagaimana pesawat Gripen itu dengan mudah menundukkan pesawat pejuang J-11 China dalam pertembungan udara jarak jauh.
Sepanjang Latihan Falcon Strike itu berlangsung, penganalisis mengatakan pesawat-pesawat pejuang China telah menunjukkan prestasi yang mengecewakan terutamanya melibatkan pertempuran jarak jauh secara Beyond Visual Range.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Dalam fasa latihan BVR itu, pesawat Gripen Thailand telah berjaya menembak jatuh pesawat J-11 China sebanyak 41 kali berbanding hanya sembilan kali pesawat Gripen “tumbang” ditangan J-11.
Menurut penganalisis, kejayaan pesawat-pesawat Gripen dalam pertempuran udara jarak jauh berpunca daripada kekuatan radar dimilikinya berbanding radar pesawat J-11.
Radar dimiliki oleh pesawat Gripen berkemampuan mengesan sasaran sehingga 160km berbanding hanya 120km oleh radar pesawat J-11 China, memberikan pesawat buatan Sweden itu kelebihan yang lebih baik berbanding pesawat China,
Selain itu, peluru berpandu udara-ke-udara AMRAAM dibawa oleh Gripen itu boleh membedil sasaran udara lebih jauh iaitu 80km berbanding hanya 50km oleh peluru berpandu udara-ke-udara pesawat pejuang China itu. — DSA
Comments are closed.