Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang TUDM, Tentera Udara India Dalam Eksesais Udara Shakti 2022

TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM dan Tentera Udara India (IAF) terbang rendah di kawasan-kawasan tertentu sepanjang tempoh Eksesais Udara Shakti 2022 bermula 12 hingga 17 Ogos ini.

0 4,555

Jom folo Twitter, TelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bermula daripada semalam hingga 17 Ogos ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara India (IAF) telah terlibat dalam satu eksesais bersama dipanggil “Eksesais Udara Shakti 2022” (EX US22) melibatkan ruang udara Kuantan dan kawasan sekitarnya.

Sepanjang eksesais tersebut berlangsung, pesawat-pesawat TUDM dan IAF akan melaksanakan penerbangan rendah taktikal dikawasan-kawasan tertentu yang digazetkan sebagai kawasan latihan untuk eksesais itu.

“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM dan IAF terbang rendah pada sepanjang tempoh eksesais,” menurut TUDM dalam satu kenyataan hari ini.

TUDM
(kredit TUDM)

 

TUDM menjadi tuan rumah bagi eksesais ini.

Konsep eksesais adalah Field Training Exercise (FTX) dan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dalam memperkukuhkan hubungan professional di antara dua angkatan udara Malaysia dan India.

Kenyataan juga menyatakan bahawa eksesais juga akan meningkatkan aspek interoperability dalam melaksanakan latihan bersama di peringkat taktikal, membina dan mengukuhkan hubungan ketenteraan dua hala, perkongsian kemahiran dan pengalaman.

TUDM
(kredit TUDM)

 

Sementara itu dalam satu lagi kenyataan oleh TUDM menerusi akaun media sosialnya hari ini menyatakan bahawa peserta-peserta Eksesais Pacific Angel Siri 22-2 (PA 22-2) dari US Pacific Air Force (PACAF) yang menandakan para peserta telah bersedia untuk melaksanakan eksesais yang bermula pada 13 hingga 19 Ogos ini.

Eksesais itu turut melibatkan Tentera Udara Australia, Tentera Udara Filipina, Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara dan Tentera Udara Mongolia.

TUDM
(kredit TUDM)

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

TUDM
(kredit TUDM)

 

Eksesais diadakan di Pangkalan Udara Subang, Pangkalan Udara Kuantan dan Pangkalan Udara Jugra.

Terdahulu ketibaan delegasi PACAF telah disambut oleh Sekretariat Eksesais serta pegawai-pegawai daripada Pangkalan Udara Subang. — DSA   

Comments
Loading...