Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Batal Beli Helikopter Russia, Tanggung “Kerugian” RM192 Juta

Tindakan Manila mahu membatalkan kontrak pembelian 16 buah helikopter itu kini berkemungkinan berhadapan dengan risiko “kerugian besar” apabila ia kini mengalami kesukaran untuk mendapatkan kembali wang pendahuluan (down payment) sebanyak RM192 juta yang telah dibayarnya untuk pembelian helikopter itu.

0 2,004

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina mengesahkan ia sedang di dalam proses untuk membatalkan pembelian 16 buah helikopter pengangkut Mi-17 buatan Russia kerana bimbangkan ancaman dikenakan sekatan ekonomi dibawah CAATSA (Countering America’s Adversaries Through Sanction Act) oleh Amerika Syarikat.

Washington kini tegas dalam perlaksanaan CAATSA untuk menekan Russia selepas Moscow menceroboh Ukraine.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Filipina Arsenio Andolong dalam satu kenyataan berkata kerajaan sedang dalam proses untuk memformalisasikan pembatalan kontrak itu dengan syarikat Sovtechnoexport yang membekalkan helikopter terbabit.

Mi-17

“Kami (kerajaan Filipina) bersedia untuk memulakan dialog dengan kerajaan Russia berkenaan pembatalan kontrak itu,” katanya sambil menambah bahawa pembatalan itu adalah berikutan perubahan “keadaan semasa dunia” yang menyebabkan keutamaannya juga berubah.

Walaupun begitu, pemerhati tempatan menyatakan sebab utama pembatalan itu adalah disebabkan ancaman CAATSA.

Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorezana sebelum ini pernah dilaporkan berkata bahawa Manila membatalkan kontrak pembelian helikopter Russia itu disebabkan bimbang akan dikenakan sekatan ekonomi dibawah CAATSA.

Kontrak pembelian helikopter pengangkut Mi-17 bernilai US$322 juta (RM1.28 bilion) itu telah ditandatangani oleh pentadbiran Presiden Filipina pada ketika itu Rodrigo Duterte pada November 2021.

Tindakan Manila mahu membatalkan kontrak pembelian 16 buah helikopter itu kini berkemungkinan berhadapan dengan risiko “kerugian besar” apabila ia kini mengalami kesukaran untuk mendapatkan kembali wang pendahuluan (down payment) yang telah dibayarnya untuk pembelian helikopter itu.

Mi-17

Filipina dilaporkan telah membayar wang pendahuluan sebanyak US$48 juta (RM192 juta) kepada Russia selepas kontrak pembelian helikopter itu ditandatangani, tetapi kini berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan wang itu kembali selepas ia mahu membatalkan kontrak itu.

Sehingga Mac tahun ini, Manila masih lagi berkeras untuk meneruskan pembelian helikopter pengangkut buatan Russia itu, tetapi nampaknya keputusan pembelian helikopter itu berubah secara tiba-tiba.

Pentadbiran Amerika Syarikat memperkenalkan CAATSA pada tahun 2017 sebagai satu cara untuk tidak menggalakkan negara-negara daripada membeli sistem persenjataan atau alat-alat gantinya daripada negara-negara yang bermusuh dengan Washington seperti Russia, Iran dan Korea Utara.

Mi-17

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Satu daripada negara yang menerima kesan daripada CAATSA adalah Turki yang dikenakan sekatan persenjataan daripada Amerika Syarikat selepas ia berdegil untuk membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia.

Turki juga dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat F-35 dan dilarang membeli pesawat pejuang moden itu.

Filipina memerlukan helikopter pengangkut berikutan keadaan muka bumi negara itu yang memiliki kira-kira 7,000 pulau selain sering berhadapan dengan bencana alam seperti gempa bumi dan ribut taufan. — DSA

Comments
Loading...