Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand “Melangkah Setapak Lagi” Untuk Miliki F-35 JSF

Nampaknya, hasrat Thailand untuk memperolehi pesawat pejuang F-35 semakin menjadi kenyataan, sekaligus menjadikan negara jiran Malaysia itu sebagai negara kedua selepas sebuah lagi negara jiran kita, Singapura memperolehi pesawat generasi kelima keluaran syarikat Lockheed Martin.

0 3,367

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat dilaporkan akan menghantar satu pasukan ke Thailand untuk memeriksa kesediaan dan kemampuan tentera udara negara itu dalam mengoperasi dan menyelenggara pesawat pejuang generasi kelima dipercayai F-35 Joint Strike Fighter.

Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat itu akan melihat dengan lebih dekat kemampuan Tentera Udara Thailand sama ada mereka boleh menyokong operasi pesawat generasi kelima di negara itu.

Keputusan untuk menghantar pasukan khas itu ke Thailand dilakukan selepas kunjungan Panglima Tentera Udara Thailand ACM Napadej Dhupatemiya ke Amerika Syarikat dimana beliau telah bertemu dengan rakan sejawatannya Jeneral Charles Q Brown.

F-35

Kedua-dua mereka berbincang tentang hasrat Thailand untuk membeli kelengkapan ketenteraan baru daripada Amerika Syarikat.

Panglima Tentera Udara Thailand itu mengatakan kepada Brown bahawa pihaknya mahu membeli pesawat baru bagi menggantikan pesawat pejuang F-16 yang telah berusia.

Nampaknya, hasrat Thailand untuk memperolehi pesawat pejuang F-35 itu semakin hampir menjadi kenyataan, sekaligus menjadi negara jiran Malaysia itu sebagai negara kedua selepas sebuah lagi negara jiran kita,Singapura memperolehi pesawat generasi kelima keluaran syarikat Lockheed Martin.

Baru-baru ini, jemaah menteri Thailand telah meluluskan peruntukan sebanyak US$413.7 juta (RM2.8 bilion) bagi membolehkan tentera udara negara itu memperolehi empat buah pesawat pejuang baru dipercayai F-35.

Proses pembelian empat pesawat pejuang baru itu akan dilaksanakan pada tahun fiskal akan datang.

F-35 JSF

Jemaah menteri negara itu telah bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan bermula tahun depan untuk membeli empat buah pesawat pejuang bagi menggantikan pesawat F-16 yang digunakan oleh negara itu. 

Lockheed Martin, syarikat pembuat pesawat generasi kelima, F-35  Joint Strike Fighter mengatakan walaupun Thailand benar-benar mahu membeli pesawat itu tetapi keputusan akhir terletak di tangan kerajaan Amerika Syarikat.

Naib presiden kanan perniagaan antarabangsa syarikat itu, Tim Cahill mengesahkan bahawa Thailand sememangnya berminat untuk membeli pesawat pejuang itu.

“Bagaimanapun setakat tidak ada pengesahan yang rasmi berkenaan pernyataan minat oleh Thailand itu,” katanya.

Menurut Cahill lagi, keputusan penjualan pesawat F-35 terletak ditangan kerajaan Amerika Syarikat.

F-35
Sebuah pesawat F-35B Kor Marin Amerika Syarikat mendarat atas kapal perang  Tentera Laut Jepun, JS Izumo,

 

Pesawat pejuang F-35 dikatakan adalah pesawat tercanggih dunia dan dikategorikan sebagai aset tentera Amerika Syarikat yang amat sensitif.

Oleh kerana itulah, pesawat pejuang itu hanya dijual kepada sekutu-sekutu Amerika Syarikat yang paling rapat.

Pada ketika ini, Tentera Udara Thailand mengoperasikan sebanyak 12 buah pesawat pejuang Gripen C/D yang diperolehinya daripada Sweden serta puluhan pesawat F-16 dan F-5E yang telah dgunakannnya sejak akhir tahun-tahun 1980-an.

F-35
.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Ketika mula-mula memasuki pasaran pada 2007, harga per-unit bagi pesawat F-35A itu adalah di sekitar US$220 juta tetapi apabila lebih banyak negara memperolehi pesawat itu, harga per-unitnya telah berkurangan kepada hanya US$79 juta pada ketika ini.

“Dengan rundingan antara kedua-dua pihak (Thailand dengan Lockheed Martin) harga per-unit pesawat F-35 boleh diturunkan lagi kepada lebih US$70juta sebuah,” kata Panglima Tentera Udara Thailand itu. — DSA

Comments
Loading...