Turkiye Guna Pakistan Untuk Perolehi Teknologi Pesawat Gen-5 China?
Turkiye mengatakan pesawat pejuang TF-X yang dibangunkannya dengan Pakistan bakal menjadi “pesawat pejuang dunia Islam yang pertama”.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Turkiye mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan Pakistan dalam program pembangunan pesawat pejuang generasi ke-lima yang sedang dibangunkannya, “Turkish Fighter Xperimental” (TF-X).
Turkiye mengatakan pesawat pejuang TF-X yang dibangunkannya dengan Pakistan bakal menjadi “pesawat pejuang dunia Islam yang pertama”.
Ramai yang tertanya-tanya mengapa Turkiye memilih Pakistan, sebuah negara yang memiliki senjata nuklear, untuk membangunkan pesawat pejuang TF-X yang disasarkan bakal menggantikan 240 buah pesawat F-16 Tentera Udara Turkiye yang semakin berusia.
Mengapa Pakistan dan bukan negara-negara Barat yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan pesawat pejuang?
Jawapannya berkemungkinan berkait rapat rakan karib Pakistan iaitu China yang telah membantu Islamabad dalam pembangunan industri pertahanannya sehingga berjaya menjadikan negara itu berdikari dalam penghasilan sistem persenjataannya.
Salah satu contohnya adalah pesawat pejuang JF-17 Thunder yang lah dibangunkan secara bersama oleh syarikat China, Chengdu Aircraft Corporation (CAC) dengan Pakistan Aeronautical Complex (PAC).
Pesawat JF-17 Thunder turut telah diterima oleh beberapa angkatan tentera udara beberapa negara.
Turkiye mungkin mahu menggunakan hubungan rapat di antara Pakistan dengan China untuk memperolehi teknologi-teknologi moden yang digunakan oleh China dalam membangunkan pesawat-pesawat pejuang termasuk J-20 “Mighty Dragon” dan juga FC-31 yang masih lagi di dalam proses pembangunan.
Beijing bukan sahaja membantu Islamabad membina pesawat pejuang seperti JF-17, tetapi ia turut membantu membina kapal-kapal perang, kapal selam, kereta kebal,peluru berpandu dan pelbagai sistem persenjataan yang lain.
Ankara mungkin terpaksa memandangkan ke arah Pakistan-China selepas ia berhadapan dengan kesukaran untuk memperolehi beberapa teknologi penting bagi merealisasikan impinan untuk membina pesawat pejuang generasi ke-lima “TF-X” itu.
Melihatkan kepada kejayaan China dalam membangunkan pesawat pejuang generasi ke-lima J-20 itu, Turki mungkin juga mahu mendapat bantuan secara tidak langsung daripada Beijing dengan menggunakan Pakistan sebagai jambatan.
Disamping itu, Pakistan juga memiliki program pembangunan pesawat pejuang kelimanya sendiri yang dipanggil “Project AZM.”
Antara teknologi yang amat ditagih oleh Turkiye pada ketika ini adalah pembuatan engin pesawat pejuang, apatah lagi enjin bagi pesawat pejuang TF-X itu akan menggunakan enjin-enjin yang dibangunkan oleh industri pertahanan negara itu.
Baru-baru ini Amerika Syarikat telah meluluskan pemberian dua buah enjin F-110 yang dibangunkan oleh firma General Electric untuk digunakan oleh pesawat prototaip TF-X yang sedang dibangunkan pada ketika ini.
Turki menjelaskan bahawa enjin bagi pesawat prototaip TF-X akan menggunakan enjin buatan Amerika Syarikat tetapi akhirnya pesawat itu akan menggunakan enjin yang dibangunkan secara sendirian dan dalam negara oleh syarikat tempatan, Kale Group.
Kesukaran mendapatkan teknologi enjin pesawat daripada Amerika Syarikat telah menyebabkan Kale Group menjalin kerjasama dengan syarikat British, Rolls-Royce untuk menghasilkan enjin bagi pesawat pejuang TF-X itu.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Kerjasama membina enjin untuk TF-X itu akan dilaksanakan oleh TEAC yang merupakan syarikat usahasama kedua-dua pihak.
Persetujuan yang berjaya dicapai dengan Rolls-Royce berkemungkinan juga berkait-rapat dengan perolehan sejumlah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang akan bertindak sebagai “stop-gap measure” sebelum pesawat TF-X itu bersedia untuk dikerah ke operasi pada tahun 2029.
Pesawat TF-X dijangka melakukan penerbangan sulung pada tahun 2026.
Enjin yang dibangunkan oleh Kale Group dan Rolls-Royce itu berkemampuan terbang ke ketinggiaan 40,000 kaki dan mencapai kelajuan 1.8 Mach. — DSA
Comments are closed.