Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turki Cari Rakan Kongsi Bagi Program Pesawat Pejuang “TF-X”. Malaysia?

Usaha membina pesawat pejuang generasi ke-lima TF-X dipergiatkan selepas Turki digugurkan daripada program pesawat pejuang F-35 oleh Amerika Syarikat selepas ia berkeras mahu mendapatkan sistem peluru berpandu S-400 daripada Russia.

0 8,488

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Singapore Air Show 2022 yang baru sahaja berakhir, syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI) telah mempamerkan model mock-up lengkap pesawat generasi kelima yang sedang dibangunkannya,TF-X.

Tujuan TAI melakukan promosi secara besar-besaran projek pembangunan pesawat pejuang TF-X adalah kerana ia mahu mencari rakan kongsi usaha membangunkan pesawat itu.

Bukan sahaja ia mahu mencari rakan kongsi di dalam projek pembangunan pesawat pejuang TF-X, tetapi syarikat aeroangkasa Turki itu juga mahu mencari rakan bagi program pesawat latihan asas “Hurkus” dan juga pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) “Hurjet”.

Syarikat melihat kepada pelanggan-pelanggan yang berpotensi untuk menjadi rakan kongsinya dalam pembangunan pesawat-pesawat yang sedang dibangunkannya.

“TAI terbuka kepada segala kerjasama,” menurut syarikat itu dan menambah, bahawa lagi awal perkongsian itu berlaku adalah lebih baik kerana rakan kongsi itu boleh terlibat proses rekabentuk dan pembangunan selain peluang-peluang di dalam pengeluaran pesawat.

TF-X Turki

Antara pelanggan berpotensi yang sedang cuba dipikat oleh TAI untuk menjadi rakan kongsinya terutama membabitkan pesawat pejuang TF-X dan Hurjet adalah Malaysia.

TAI menawarkan pesawat FLIT/LCA “Hurjet” bagi program perolehan 18 buah pesawat itu untuk kegunaan TUDM, manakala bagi “TF-X”, Turki telah mempelawa Malaysia untuk turut serta dalam program itu sejak seawall tahun 2020 tanpa reaksi positif daripada negara Asia Tenggara itu.

Bagi Hurjet, TAI menawarkan untuk memasang sehingga 15 buah pesawat itu di Malaysia.

TF-X Turki

Program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima “TF-X” adalah percubaan Turki untuk menyertai pasaran pesawat pejuang itu yang kini didominasi oleh Amerika Syarikat menerusi pesawat F-35 Joint Strike Fighter.

TAI menjangkakan pesawat prototaip TF-X serta permulaan ujian enjin bakal berlaku pada tahun depan, manakala penerbangan pertama dijangka sebelum pada tahun 2025.

Syarikat membangunkan pesawat TF-X itu untuk Tentera Udara Turki dan TAI menjangkakan ia akan mampu mula membekalkan pesawat pejuang generasi kelima itu kepada tentera udara negara itu bermula pada tahun 2029.

Hurjet
Pesawat FLIT/LCA “Hurjet”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Menjelang 2032,  kesemua 250 pesawat pejuang TFX Turki dijangka sudah siap bersedia, menggantikan sebahagian besar daripada 240 buah pesawat pejuang F-16 (versi lama) dan kira-kira 40 buah pesawat pejuang F-4 Phantom.

Usaha membina pesawat pejuang generasi ke-lima TF-X dipergiatkan selepas Turki digugurkan daripada program F-35 selepas ia berkeras mahu mendapatkan sistem peluru berpandu S-400 daripada Russia.

Pesawat pejuang gen-5 Turki ini bakal menggabungkan beberapa ciri iaitu ia adalah pesawat air-superiority yang  halimunan dengan kemampuan serangan darat, kepelbagaian sistem penderia (sensors), Active Electronically Scanned Array (AESA) radar, kawalan jaringan drone dan peluru berpandu hypersonic. — DSA

TF-X Turki

 

 

Comments
Loading...