Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Filipina Bina “Penanda Kedaulatan” Di Pulau Berhampiran Sabah

Menurut portal berita Philippine Daily Inquirer, Pulau Panguan itu terletak di Sibutu Channel, kira-kira 17km daripada sebuah pulau kecil milik Malaysia dan 35km jauhnya daripada Sabah yang didakwa sebagai milik Filipina.

0 3,854

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada awal Januari lepas, pihak tentera Filipina telah mendirikan “penanda kedaulatan” (sovereignty marker) di salah satu pulau di wilayah Tawi-Tawi yang terletak berhampiran dengan sempadan maritim Malaysia.

Penanda Kedaulatan yang dibina menggunakan simen dan batu blok dengan bendera Filipina  itu telah didirikan di Pulau Panguan, menurut Komander Briged Marin ke-2 yang juga Ketua Task Force Bersama Tawi-Tawi Brig Jen Romeo Racadio.

Tugu penanda kedaulatan yang sama turut dibina di Kepulauan Kalayaan dan Batanes.

Beliau berkata tugu penanda kedaulatan yang dibina oleh tentera Filipina itu tiada mengena dengan sebarang isu pertikaian wilayah tetapi hanyalah “untuk menunjukkan kedaulatan di ciri itu. Ia juga bukanlah penanda sempadan atau sesuatu sImbol, kita tidak membuat garisan…”

Pulau Panguan yang berkeluasan kira-kira enam hektar adalah sebahagian daripada Barangay Datu Baguinda Putih dan terletak di bawah pentadbiran pihak berkuasa Sitangkai, yang merupakan sebuah pulau di selatan Filipina.

Panguan

Menurut portal berita Philippine Daily Inquirer, Pulau Panguan itu terletak di Sibutu Channel, kira-kira 17km daripada sebuah pulau kecil milik Malaysia dan 35km jauhnya daripada Sabah yang didakwa sebagai milik Filipina.

Pulau Panguan itu diduduki oleh kira-kira 3,000 etnik Sama-Bajau terdiri daripada 80 buah keluarga, mengikut bancian yang dilakukan pada tahun lepas.

Kebanyakan penduduk Sama-Bajau yang tinggal di pulau itu bekerja sebagai nelayan dan petani rumpai laut (seaweed).

Menurut Racadio lagi, Pulau Panguan itu adalah antara pulau paling hujung dan terpencil di selatan Filipina.

Panguan

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pihak tentera Filipina mengambilalih pulau itu pada April 2017 daripada kumpulan pengganas Abu Sayyaf, dimana bendera Filipina dikibarkan buat pertama kali, kata beliau lagi.

Penduduk tempatan memanggil pulan itu “Panggungan” atau satu tempat untuk berehat.

Jeneral tentera itu juga berkata bahawa pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan di Sitangkai telah meminta pihak tentera untuk mendirikan “penanda kedaulatan” yang sama didirikan di pulau-pulau yang terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia.

Antaranya adalah Pulau Bakkunggaan, yang terletak di antara 3km hingga 4km daripada ciri maritim yang terletak di dalam wilayah Malaysia dan digunakan untuk menempatkan tentera lautnya. — DSA

Comments
Loading...