Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sabah dan Sarawak Akan Terus Dipertahan “Tanpa Kompromi” – PM

0 487

Sempena perayaan sambutan Hari Malaysia yang disambut di Sibu, Sarawak hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan soal kedaulatan Sabah dan Sarawak “akan terus kita pertahankan tanpa sebarang kompromi.”

Admin harap Presiden Rodrigo Duterte atau Menteri Luarnya yang celupar Teddy “Boy” Locsin dapat membaca ucapan Muhyiddin itu.

Ucapan Perdana Menteri itu juga ditujukan kepada netizen-netizen Filipina yang begitu galak untuk cuba “menjolok sarang tebuan” dengan menuntut Sabah.

“Saya ingin tegaskan bahawa Sabah dan Sarawak akan terus kekal berada dalam Malaysia. Kerajaan Persekutuan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan kedaulatan negara kita,” kata Perdana Menteri pada majlis sambutan Hari Malaysia di Sibu malam ini.

Muhyiddin juga berkata, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara dan agensi-agensi penguatkuasaan memikul tanggungjawab bersama untuk terus mempertingkatkan kawalan sempadan negara.

Ia adalah bagi mengekang sebarang cubaan untuk menceroboh dan mengancam kedaulatan negara.

Kereta Kebal PT-91M milik Angkatan Tentera Malaysia. (gambar sumber internet)

“Ini termasuk melaksanakan Ops Benteng dan meningkatkan penguatkuasaan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM),” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak Defence Security Asia juga berharap kerajaan dapat meningkatkan lagi bajet pertahanan negara, supaya anggota tentera dan polis kita dilengkapi dengan aset yang ampuh untuk mempertahankan negara.

Bagi pihak Pinoy, dream on.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...