Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mengapa Amerika Panggil Helikopter Dengan Nama Orang Asli Amerika?

Chinook, Apache, Black Hawk, Kiowa, Sioux, Lakota dan pelbagai lagi yang berkait-rapat dengan Orang Asli Amerika. Tetapi mengapa pihak tentera darat Amerika Syarikat memanggil helikopter mereka dengan panggilan-panggilan sedemikian?

0 11,203

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jikalau kita perasan, nama-nama helikopter milik Tentera Darat Amerika Syarikat seringkali dikaitkan dengan nama-nama Orang Asli Amerika atau panggilan rasmi rakyat Amerika “Native American” atau panggilan agak ofensif “Red Indians.”

Chinook, Apache, Black Hawk, Kiowa, Sioux, Lakota dan pelbagai lagi yang berkait-rapat dengan Orang Asli Amerika. Tetapi mengapa pihak tentera darat Amerika Syarikat memanggil helikopter mereka dengan panggilan-panggilan sedemikian?

Mengikut penerangan oleh pihak muzium tentera darat Amerika Syarikat, tindakan menamakan helikopter dengan nama-nama Orang Asli Amerika bermula apabila Jeneral Howze Hamilton tidak berpuashati dengan nama-nama yang diberikan terhadap dua buah helikopter Tentera Darat yang pertama.

Kedua-dua helikopter itu dinamakan “Hoverfly” dan “Dragonfly.”

Oleh kerana Jeneral Howze tidak berpuashati dengan nama kedua-dua helikopter itu,maka beliau telah merangka garis panduan tentang bagaimana hendak menamakan helikopter milik Tentera Darat Amerika Syarikat selepas itu.

Orang Asli Amerika
Suku kaum “Lakota” Orang Asli Amerika sedang melakukan ritual terhadap helikopter UH-72A “Lakota”

 

Helikopter yang pertama dinamakannya selepas itu adalah H-13 yang diberikan panggilan “Sioux”, yang merujuk kepada suku kaum “Sioux” Orang Asli Amerika.

Dan pada tahun 1969, Tentera Darat Amerika Syarikat telah mengubal peraturan dinamakan “Army Regulation 70-28” yang menyenaraikan kriteria bagaimana nama-nama popular boleh diberikan kepada peralatan-peralatan tentera darat.

Antara kriteria itu adalah: mencadangkan semangat yang agresif dan keyakinan terhadap peralatan terbabit, berdasarkan kepada aplikasi taktikal dan bukan cara bagaimana ia dibina dan selari dengan imaginasi tanpa mengorbankan maruah.

Orang Asli
Helikopter Bell UH-1 “Iroquois”. Iroquois juga merupakan nama suku kaum Orang Asli Amerika.

Menurut peraturan itu juga, pesawat (kapal terbang dan helikopter) milik Tentera Darat Amerika Syarikat dikhendaki diberikan “nama dan terma suku kaum Orang Asli Amerika dan ketua mereka”, dengan nama-nama itu perlu diberikan oleh Biro Hal Ehwal Orang Asli Amerika.

Bagaimanapun peraturan itu telah dihapuskan dan digantikan dengan dasar yang tidak menyentuh tentang kriteria, tetapi nampaknya pihak tentera darat Amerika Syarikat meneruskan tradisi menamakan helikopternya dengan nama-nama berkaitan dengan Orang Asli Amerika atau “Native Americans.”

Orang Asli
Helikopter Hughes OH-6 Cayuse. “Cayuse” juga adalah suku kaum Orang Asli Amerika.

 

Antara helikopter tentera yang diberi nama sempena Orang Asli Amerika:
1. AH-64 “Apache”

AH-64 Apache telah direka oleh firma Hughes Helicopters bagi menyahut program Helikopter Penyerang Termaju (HPT) Tentera Darat A.S. Firma McDonnell Douglas kemudian membeli Hughes Helicopters dan meneruskan pembangunan helikopter ini.

Pembangunan ke atas helikopter ini kemudian telah menghasilkan helikopter AH-64D Apache Longbow yang mana kini dikeluarkan oleh Boeing Integrated Defense Systems. Helikopter-helikopter AH-64 milik Tentera Darat A.S ini pernah beraksi dalam operasi-operasi di PanamaPerang TelukAfghanistan, dan Iraq.

Apache
AH-64 “Apache”

 

2.CH-47 “Chinook”

Helikopter CH-47 Chinook adalah sejenis helikopter ketenteraan pengangkut berat berenjin kembar, rotor tandem. Kelajuan maksimum mampu mencecah 315 km/j.

Dalam tahun 1966Tentera Darat Amerika Syarikat diarahkan menyerahkan kesemua pesawat pengangkut C-7 Caribou kepada Tentera Udara Amerika Syarikat. Dengan penyerahan ini, Tentera Darat kehilangan keupayaan pengangkutan taktikal.

Helikopter pengangkut CH-47 Chinook diperkenalkan dalam tahun 1966 dan membawa dimensi baru ke medan tempur. Dengan menggunakan helikopter ini, peralatan berat boleh dibawa di serata pelosok medan tempur.

Dengan keupayaan angkat sehingga 10 tan, peralatan seperti meriam medan dan lain-lain peralatan berat (jentolak dsbg) boleh dipindahkan dengan cepat dan ditempatkan di tempat ia diperlukan.

Orang Asli
CH-47 “Chinook”
3.UH-72A “Lakota”

Rekabentuk helikopter UH-72A “Lakota”” ini adalah berdasarkan kepada helikopter pelbagai guna EC145.

Helikopter UH-72A secara prinsipalnya digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat untuk lojistik dan misi-misi bantuan di dalam Amerika Syarikat, selain turut digunakan oleh Army National Guard untuk keselamatan dalam negeri dan misi-misi bencana serta pemindahan pesakit.

Orang Asli
UH-72A “Lakota”
4.UH-60 “Black Hawk”

UH-60 Black Hawk merupakan sebuah helikopter utiliti sederhana berenjin kembar yang dikeluarkan oleh Sikorsky Aircraft.

Pihak tentera darat Amerika Syarikat telah telah memilih Black Hawk sebagai pemenang program pada 1976, selepas bersaing dengan helikopter YUH-61 yang dicadangkan oleh Boeing Vertol.

UH-60A telah mula berkhidmat dengan Tentera Darat A.S pada 1979, bagi mengantikan helikopter UH-1 Iroquois sebagai helikopter pengangkut taktikal.

Orang Asli
UH-60 “Black Hawk
5.OH-58 “Kiowa Warrior”

 OH-58 Kiowa adalah helikopter yang dikeluarkan oleh bell Helicopters untuk kegunaan  peninjauan, pengawasan dan pengutipan maklumat risik. 

Orang Asli
OH-58 “Kiowa Warrior”

 

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...