Raifal Penembak Tepat “Sumrak”, Mampu Tembak Sasaran Sehingga 4 Km
“Sumrak” dikatakan adalah satu-satunya raifal penembak tepat yang mampu menembak sasaran sehingga sejauh 4 km, suatu rekod dunia sekaligus menjadikan ia senapang penembak tepat paling berkuasa di dunia setakat ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Lobaev Arms merupakan sebuah syarikat berpengkalan di pekan Tarusa berhampiran Moscow yang menghasilkan raifal penembak tepat dinamakan “SLVK-14S Sumrak” (Twilight).
“Sumrak” dikatakan adalah satu-satunya raifal penembak tepat yang mampu menembak sasaran sehingga sejauh 4 km, suatu rekod dunia sekaligus menjadikan ia senapang penembak tepat paling berkuasa di dunia setakat ini.
Walaupun begitu, mengikut syarikat yang membuatnya, raifal penembak tepat itu bukan direkabentuk untuk kegunaan pasukan-pasukan tentera tetapi ia adalah untuk sukan lasak (extreme sports) seperti aktiviti buruan (hunting) dan lain-lain.
“Ia bukanlah raifal penembak tepat untuk digunakan oleh anggota tentera di Syria atau mana-mana kawasan konflik,” kata individu yang bertanggungjawab merekabentuk raifal penembak tepat “Sumrak” iaitu Yuri Sinichkin.
Direkabentuk untuk menembak peluru kaliber 10.33mm, sebelum raifal penembak tepat “Sumrak” berjaya menembak sasaran sejauh 4km, ia telah pun mencipta rekod dunia apabila berjaya menembak sasaran pada kejauhan 2.5km manakala kemampuannya untuk melihat sasaran pula adalah sejauh 4.2km.
Jarak tembakan sejauh 4km itu adalah rekod dunia yang baru manakala 2.5km pula adalah rekod dunia lama.
Dianggarkan bernilai US$37,000 (RM148,000) untuk memiliki selaras “Sumrak”, raifal penembak tepat itu juga tidak memiliki sebarang magazine, dengan pelurunya perlu dimasukkan ke dalam senjata sebelum menembaknya.
Mengenai kemampuannya selain keupayaan untuk menembak sasaran sejauh 4km, peluru kaliber 10.33mm yang dilepaskan oleh “Sumrak” mampu menembusi besi setebal 3 cm.
“Tiada jaket kalis peluru mampu menyelamatkan mangsa yang ditembak oleh “Sumrak,” kata pereka senjata itu.
Berat “Sumrak” dianggarkan sekitar 10kg dan jika termasuk peralatan optik maka berat keseluruhannya akan meningkat ehingga 14kg, menjadikan ia raifal penembak tepat yang amat berat untuk dibawa merentasi gunung-ganang atau hutan belantara.
Walaupun begitu, syarikat Lobaev Arms tidak sekadar berpuashati dengan pencapaian “Sumrak” menembak sejauh 4km kerana ia kini sedang berusaha merekabentuk sniper rifle baru yang mampu menembak sasaran sejauh di antara 6 hingga 7km.
Raifal penembak tepat yang mampu menembak sasaran sejauh 6-7km sudah semestinya adalah suatu rekod dunia yang baru.
Lobaev Arms adalah syarikat yang khusus membangunkan raifal penempat tepat di Russia untuk sukan pemburuan dan sukan-sukan lasak yang lain. — DSA
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Comments are closed.