Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Britain Pertaruh Friget Type 26 Tangani Peningkatan Ancaman Russia,China

Kapal-kapal friget Type 26 ini direkabentuk untuk berfungsi sebagai kapal perang Anti-Submarine Warfare (ASW) dan Anti-Air Warfare (AAW) berikutan peningkatan aktiviti kapal selam dan ancaman udara oleh musuhnya iaitu Russia di Eropah termasuk di kawasan berhampiran dengan Britain.

0 2,148

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam tempoh tiga tahun daripada sekarang, Tentera Laut British (Royal Navy) bakal memiliki salah sebuah kapal perang paling berkuasa dan paling berkemampuan di dalam armadanya iaitu kapal friget Type 26.

Britain membelanjakan kira-kira US$5 bilion (RM20 bilion) untuk membina lapan  buah kapal friget Type 26 untuk menggantikan kapal friget Type 23 yang telah berkhidmat dengan Tentera Laut negara itu selama empat dekad.

Kapal-kapal canggih Type 26 itu akan dibina oleh syarikat BAE Systems.

Pada ketika ini BAE Systems sedang membina tiga buah kapal friget Type 26  dan pembinaan lima buah kapal perang moden selebihnya akan menyusul tidak lama bagi menjadikan keseluruhan bilangan kapal friget Type 26 itu di dalam armada Tentera Laut British kepada lapan buah.

Kapal friget Type 26 yang pertama iaitu “Glasgow” dijangka akan mula memasuki perkhidmatan Tentera Laut British pada akhir 2025, dengan kesemua lapan buah kapal itu dijangka diserahkan pada tentera laut pada pertengahan 2030-an

Type 26

Disifatkan sebagai kapal friget yang besar (very large frigate) berikutan saiznya, kapal perang Type 26 itu memiliki panjang kira-kira 149 meter dan berat hampir mencecah 7,000 tan serta mampu melunjur selaju 26 knot.

Berat keseluruhan kapal friget Type 26 sebanyak 7,000 tan itu hampir menyamai berat kapal destroyer Type 45 kelas-Daring yang mencecah 7,500 tan.

Kapal Type 26 mampu membawa 200 anak kapal.

Namun apa yang uniknya tentang kapal-kapal friget Type 26 ini adalah fungsinya — kapal perang ini direkabentuk untuk berfungsi sebagai kapal perang Anti-Submarine Warfare (ASW) dan Anti-Air Warfare (AAW), tetapi pada masa yang sama ia juga berkemampuan untuk melaksanakan misi-misi yang lain.

Britain mahukan kapal friget Type 26 itu direkabentuk sebagai kapal perang ASW dan AAW untuk menangani ancaman kapal-kapal selam serta pesawat pejuang daripada “musuh” utamanya ketika ini iaitu Russia dan China. 

Type 26
Kapal Type 26 yang pertama “Glasgow”

 

Pada ketika ini, terdapat peningkatan aktiviti kapal selam Russia di perairan Eropah termasuk perairan di sekeliling Britain dan kehadiran kapal perang Type 26 dengan kemampuan melaksanakan misi-misi anti-kapal selam sememangnya amat ditagih oleh Tentera Laut British.

 

Berkemungkinan besar juga, Britain akan turut mengerah kapal-kapal perang Type 26 ini ke rantau Indo-Pasifik  bagi mengekang ancaman Tentera Laut China yang berkembang dengan pantas sehingga mengancam dominasi Amerika Syarikat dan sekutunya.

Dilengkapi dengan radar dan sistem penderia yang canggih, kapal Type 26 itu juga akan memiliki sistem Mk41 Vertical Launch System (VLS) yang membolehkan kapal itu melancarkan ia pelbagai sistem peluru berpandu untuk tujuan pertahanan udara, anti-kapal selam, anti-kapal, sasaran darat dan lain-lain.

Type 26

Buat masa ini, kapal-kapal perang Type 26 itu akan membawa 48 buah peluru berpandu pertahanan udara Sea Ceptor dan 24 silo pelancar untuk melancarkan peluru berpandu anti-kapal tetapi ia berkemampuan untuk membawa 144 buah peluru berpandu untuk menangani pelbagai ancaman.

Memandangkan kapal-kapal friget Britain ini dilengkapi dengan sistem pelancar Mk41 VLS, maka terdapat kemungkinan juga ia akan dilengkapi dengan peluru berpandu Tomahawk buatan Amerika Syarikat yang menggunakan sistem pelancar yang sama.

Selain peluru berpandu kruis Tomahawk, kapal perang juga dicadang untuk membawa peluru berpandu/anti kapal yang sedang dibangunkan oleh pihak British and Perancis dipanggil “Future Cruise/Anti-Ship Weapon” (FCASW). 

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Bagaimanapun program FCASW hanya dijangka dapat siap seawal tahun 2028.

Selain peluru berpandu untuk pertahanan udara, serangan darat serta anti-kapal, kapal-kapal friget Type 26  juga akan dilengkapi dengan pelbagai jenis meriam daripada berkaliber 127mm untuk penembakan jarak jauh, meriam 30mm serta Close In Weapon System (CIWS).

Kapal friget Type 26 itu juga dilengkapi dengan kemudahan hangar yang besar sehingga boleh menempatkan dua buah helikopter yang dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu dan torpedo serta depth charges untuk misi anti-kapal selam.

Untuk melaksanakan misi-misi kapal selam pula, kapal perang Type 26 akan dilengkapi dengan Towed Array Sonar dan Bow Sonar serta pelbagai peralatan peperangan elektronik serta helikopter yang berkemampuan mengesan dan memusnahkan kapal-kapal selam — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...