Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Perlengkap Su-57 “Felon” Dengan Peluru Berpandu Gen-5, RVV-MD2

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Russia telah memperkenalkan lebih banyak sistem Artificial Intelligence (AI) kepada pesawat pejuang generasi kelimanya itu bagi membolehkan Su-57  benar-benar muncul sebagai pesawat pejuang generasi hadapan.

4,417

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun dikenakan sekatan ekonomi yang ketat oleh Barat, namun ia tidak menghalang Russia untuk terus meningkatkan kemampuan pesawat pejuang generasi kelimanya, Su-57 “Felon”.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Russia telah memperkenalkan lebih banyak sistem Artificial Intelligence (AI) kepada pesawat pejuang generasi kelimanya itu bagi membolehkan Su-57  benar-benar muncul sebagai pesawat pejuang generasi hadapan.

Terbaru, syarikat pembuat pesawat pejuang itu, United Aircraft Corporation (UAC) menyatakan bahawa ia kini bersedia unutk melengkapkan pesawat pejuang Su-57 dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat generasi kelima.

Su-57

Pendedahan tentang peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat generasi kelima dikenali sebagai “RVV-MD2” itu telah dilakukan oleh syarikat GosMKB Vympel yang berpangkalan di Moscow.

Syarikat itu yang sememangnya terkenal dengan penghasilan pelbagai jenis sistem peluru berpandu menyatakan bahawa peluiru berpandu udara-ke-udara jarak dekat generasi kelima “RVV-MD2” berada di hadapan di antara lima hingga 10 tahun berbanding peluru berpandu digunakan oleh pesaingnya di Barat.

Peluru berpandu udara-ke-udara “RVV-MD2” itu kini berada di peringkat produksi.

Peluru berpandu udara-ke-udara RVV-MD2 itu adalah varian terbaru peluru berpandu RVV-MD dan sememangnya direka untuk memusnahkan sasaran udara seperti pesawat pejuang, helikopter, pesawat pengebom dan pesawat pengangkut.

Namun antara elemen paling utama pada peluru berpandu udara-ke-udara terbaru ini adalah kemampuannya untuk menangani sasaran udara daripada mana-mana sudut, termasuk sasaran yang berada di belakang.

Su-57

 

Ini bermaksud, walaupun pesawat Su-57 itu melancarkan peluru berpandu RVV-MD2 ketika dikejar pesawat musuh, namun peluru berpandu generasi kelima itu mempunyai kemampuan untuk manuver dan “mengejar” serta membedil pesawat “musuh” yang berada di belakangnya.

Kemampuan peluru berpandu udara-ke-udara generasi kelima RVV-MD2 itu bakal meningkatkan lagi kemampuan keseluruhan pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57.

Selain itu, peluru berpandu itu juga boleh beroperasi pada waktu malam, siang dan dalam apa juga keadaan cuaca serta di dalam suasana persekitaran yang mencabar daripada segi Electronic Counter Measures (ECM) pihak musuh.

Pakar persenjataan Russia juga menjelaskan bahawa RVV-MD2 itu adalah peluru berpandu udara-ke-udara Russia yang pertama dilengkapi dengan sistem kawalan inertial yang membolehkannya mengawal dan menstabilkan peluru berpandu ketika ia melakukan penerbangan secara autonomi.

Su-57

Sistem Kawalan Inertial itu beroperasi di atas prinsip bahawa peluru berpandu itu dengan sendiri menentukan koordinatnya ketika berada di udara tanpa perlu bergantung kepada sistem luar atau signal.

Selain itu, peluru berpandu RVV-MD2 itu alatan untuk membolehkannya memperhalusi lagi koordinat sasarannya, sekaligus meningkatkan lagi kemampuannya untuk membedil sasaran dengan lebih tepat.

Pakar senjata Russia juga menyatakan bahawa peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat generasi kelima RVV-MD2 itu boleh diletakkan di dalam internal bays pesawat Su-57 itu, sekaligus memelihara sifat halimunan pesawat pejuang generasi kelima Russia itu. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.